CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Isnin, 12 September 2011

pick a star on the dark horizon.

Hello kawan .Miss all of you .Sudah lamakan saya tak update blog ini ,semua sebab sibuk dengan puasa dan raya .Hari ini baru ada kesempatan nak menulis kat blog ini .Sepanjang saya tak menulis di blog ini banyak sangat yang saya nak kongsi dengan awak semua .Saya rindu dengan blog ini kerana saya rasa ini saja temapat yang selamat untuk saya luahkan apa yang saya rasa .Walaupun blog ini tak boleh balas apa yang saya tulis sekurang -kurangnya saya rasa lega bila selesai tulis di sini .

Puasa tahun ini merupakan puasa saya yang sebagai pelajar sekolah menengah jadi tak banyak beza dengan awak semua .Pergi terawih setiap malam ,memohon semua dosa -dosa saya yang terdahalu terhapus ,beri kecerdasaan minda dan lapangkan dada saya semasa ditimpa musibah .Ramadan ini merupakan ramadan terakhir saya kew ?Harap saya sempat bertemu dengan ramadan yang akan datang .

Raya pula sangat indah malah lebih indah kerana semua ahli keluarga saya pulang beraya bersama-sama .



Ini keluarga abang sofli 


Abg hardi bersama isteri tercinta 


Ini saya ,kak ct dengan kak atih 


Ini abg zaidi wawawa abg tempat bermanja .
Adik sayang abg ,janji dengan adik sayang adik juga taw ..


Ini saya grrrr.

Hurm baru baru ini sekolah saya ada buat sambutan hari raya dan merdeka .Saya gembira sangat nak sambut dengan kawan kawan baru saya .By the way ,saya ada suka dekat satu budak ini .Dia baik sangat ,sweet jew saya tengok dia .Wah nak tegur dekat sekolah memang tak berani tapi sekadar curi-curi tengok tuh adalah .Tak salahkan ?Hehe.Tapi tuhlah saya rasa macam dia sudah berpunnya .Hurm untunglah GF dia ,lagi satu dia macam tak layan perempuan sangat ,wah untung GF dia dapat BF tak layan perempuan .Saya pulak ?Sudah terang lagi bersuluh dia jadi hak milik orang lain tak akan saya nak rampas pulak ?Macam pentingkan diri sendiri pulak .Saya nak dia (macam dia tuh barang pulak )tapi dia already TAKEN .


Betullah dalam dunia ini banyak benda yang indah seperti dia ,rasa tenang bila tengok muka dia.
Muka dia  macam garang tapi bila senyum sweet jew .Makhluk tuhan paling sweet gelaran di beri kepada awak daripada saya .


Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu



Tapi saya tahu dia tak kenal saya dan mungkin dia tak tahu tentang kewujudan saya ,lawakkan macam mana saya boleh jatuh suka pada dia  padahal setiap text saya dia  tak pernah balas.


Dia lain dari yang lain ,satu dalam sejuta .Dia beza dengan orang lain ,begitu berbeza di hati saya .Saya tak tahu apa yang lainnya dia dari orang lain .Dia macam malu-malu ,pendiam ,nakal sikit .Bila jumpa dia tak tepi jalan saya nak sangat tengok muka dia dan senyum ,tapi segan dan malu membuat saya berlakon macam tak perasaan yang dia lalu dihadapan saya .Ruginya saya . :(


Sebab dia sudah berpunya .Sebab tu saya tak boleh beritahu dia yang saya suka dia .Tak akan saya nak rampas dia dari GF ,dia pun mesti saya GF dia .Tapi saya tetap suka dia diam-diam ,curi tengok dia dari jauh ,minat dia secara senyap- senyap .Bolehkan ?Tak salah pun rasanya asalkan saya tak rodohkan hubungan dia dengan GF dia .Saya tak nak dia sedih kalau dia putus dengan GF dia sebab saya .Saya tak mahu jadi punca permasalahan .Tidak mungkin saya nak rosakkan hubungan mereka untuk kepentingan diri saya .Saya bukan orang macam tuh .

NOTE :
Malam raya saya dapat banyak sangat text ucapan hari raya .Bayangkan EX-BF saya (izzat mustaffa) antar tetx minta maaf dan kenalkan saya dengan GF barunya ,hurm nak kata jeles tuh tak ,sebab semua ini tuhan sudah aturkan ,apa apa pun saya doakan hubungan awak berkekalan .AMIN.Dia minta untuk kami terus menjadi kawan ,saya dengan hati yang terbuka untuk menjadi kawan dia .Saya tak pernah marah awak jangan risau okey .Saya sudah tak ada perasaan dulu kat awak hanya sekadar kawan .

Syukur saya sudah berbaik dengan semua orang dan saya sudah minta maaf kepada semua kekawan saya ,saya mahu mulakan hidup baru selepas ini .Saya pun doakan untuk budak yang saya minat ini semoga bahagia .

Ikhlas dari SITI ZAHIDAH .



Jumaat, 19 Ogos 2011

No Komen

  • July 16, 2010
    Hatijah Siti
    • No komen
      Akum..akak x phm la knp adik idah msti di beri kemudahan yg begini.so far akak tgk lappy byk digunakan utk bnda lain.means lebih kepada hiburan.semua ahli keluarga x nk tegur adik sbnrnya sbb takut adik kecik ati.mcm jgk handphone.guna utk bf.bkn akak x tau.terpulang la pd adik kalau Jalan ni yg adik pilih.kesian la kt mak.ikut kehendak adik.tapi adik sia-siakan.pada pandangan akak adik x perlu pun handphone n lappy tu..sepanjang kami semua skolah,x dak pun kemudahan yg di beri sebegitu pd kami.akak x salahkn Mak.pada akak Mak Cuba buat yg terbaik utk setiap anak2..skang ni terpulang la pd adik nk manfaatkn semua kemudahan yg adik dapat..akak tegur ikhlas sebagai seorg Kakak.org lain diam diri bkn tanda setuju tapi diaorg lebih utk mnjaga ati adik Dan Mak sebenarnya..terpulang pada adik mcm mn nk ambik Kira nasihat akak ni,.
  • Thursday
    Hatijah Siti
    • Bukan masa yg sesuai utk adik bermain dgn cinta lagi.tumpu dulu pd pelajaran.jgn ulang kesilapan yg sama akak dan abg2 yg pernah kami lakukan.
      Adik ada segalanya.ayah,mak,kakak,abg2,k.atih.unless kalau adik sndri yg letak gap between us.
      Kawan x selamanya ada disisi kita.baik mcm mn pun dia.kawan x sama mcm adik beradik n especially your parents.
      Ingat tu adik.akak cuma nasihat.itu pun kalau adik nk amik pakai nasihat akak.

what should i say ?

Hari ini saya sudah buat keputusan yang paling besar dalam hidup saya .Saya pilih untuk bersendirian dari disayangi oleh mana mana lelaki pun .Kerana apa saya mahu bebas bernafas .Saya mahu menjaga hati dan perasaan keluarga saya ,mungkin saya sudah banyak menyakiti hati mereka dengan perangai saya yang kerterlaluan  .

Sudah masa untuk saya serius menjalani kehidupan saya .Selama ini saya banyak bermain dengan benda yang mengarut dan merapu.Bila difikirkan saya rasa macam bodoh menjadi hamba kepada sesuatu yang tak masuk dek akal .Saya nak luangkan masa saya dengan kekawan saya ,keluarga saya .Bukan dengan lelaki yang ingin saya gelarkan mereka dengan perkataan "BOYFRIEND".Saya hanya mahu berkawan .Saya macam sudah trauma dengan semua ini .

Maaflah kepada semua lelaki yang saya sakiti hati mereka ,jujur saya tak berniat nak sakiti hati awak semua tapi saya sudah tidak sanggup untuk jalani semua ini .Saya lebih memilih untuk  bersendirian ,mungkin ini ynag terbaik untuk saya tapi bukan untuk awak semuakan ,mesti awak semua sakit dengan keputusan saya ini tetapi saya harap awak semua terima dengan hati yang ikhlas .Kalau awak semua sayangkan saya awak semua kena hormat dengan keputusan saya .Mungkin ini yang terbaik untuk kita jalani .

Kalau kita sayangi orang tu tak semestinya kita milik dia ,cukup dengan kita biarkan dia pilih jalan yang terbaik untuk dirinya sendiri .Kita sepatutnya hormat dengan keputusan dia .Jangan persoalankan tentang apa yang dia putuskan .Biarkan dia bersendirian .Saya nak bersendirian tolong pergi jauh dari hidup saya ,saya tak mahu ada perselisihan faham dalam keluarga saya .Saya harap awak semua faham saya nak bersama dengan kekawan dan keluarga saya .Harap awak semua faham dengan semua ini.Jangan ganggu saya lagi .

Khamis, 4 Ogos 2011

Back from holidays


Hello kawan -kawan .Entri kali ini saya nak tulis tentang trip saya ke Kuala Lumpur selama 3 hari 2 malam.Kami semua berkumpul di Anjung Mutiara , SMK Syed Mohammad Al-Bukhary .Beg semua pelajar di periksa sebelum bertolak ke Kuala Lumpur .Saya terpaksa tukar seluar saya kerana nampak ketat ,tetapi bukan saya seorang ada lagi berapa orang kawan saya yang senasib dengan saya ,kesian kami dipermalukan dihadapan orang ramai .Kami bertolak dalam pukul 10.30 .Kami terus menuju ke Muzium Telekom di Kuala Lumpur untuk tidur di sana .

Disana kami dijemput oleh kaki tangan Telekom dengan baik .Mereka memberi sedikit ceramah dan nasihat untuk kami supaya berhati hati semasa berada di sana .Kami diberi masa untuk membersihkan diri dan merahtkan diri untuk seketika .Selepas tu kami diminta turun untuk makan malam .

Kami di bawa semula ke tempat yang kami tiba tadi untuk mendengar ceramah dan membuat aktiviti .Selepas itu mereka mengurung kami pelajar perempuan dalam bilik tu yang ada patung-patung lama dan barang-barang lama. Kami semua sangat ketakutan .Selepas itu kami lari keluar menuju ke bilik untuk tidur .Semua orang kelihatan ketakutan dan tidur awal untuk menghilangkan perasaan takut .

Pagi tu saya bangun awal untuk membersihkan diri dan mengemas barang untuk bertolak ke homestay .Sebelum itu kami mengemas semula bilik yang telah kami gunakan dan bersarapan sekejap .Seterusnya kami menunggu bas untuk menyimpan barang kami .Selepas itu kami berjalan kaki mendaki Bukit Nanas untuk ke Menara Telekom .Ini saya ada masukkan gambar-gambar kami di Menara Telekom .









Selepas itu kami bertolak ke tempat untuk menyalin baju untuk ke KUIZ yang terletak di Mines .





Ini semua lepas kami menyalin pakaian kami untuk ke Kuiz tersebut ,malangnya sekolah kami kalah tetapi tidak mengapa sekurang -kurangnya kami dapat pengalaman, yang berguna dan memberi dorangan untuk kami terus berusaha pada masa hadapan .Tetapi lihatlah saya sibuk mengambil gambar ketika kuiz sedang berjalan .





Ini gambar saya di Shopping Mines ,selepas tamat kuiz kami diberi masa untuk bersiar- siar .






Sebelah malam pula kami di bawa ke Icity Shah Alam .Tempat ini sesuai untuk orang yang suka mengambil gambar kerana tempat ini mempunyai memandangan yang indah dan cantik pada waktu malam .





Jangan tak tahu di Icity ada rumah sejuk .Rumah ini betul betul sejuk .Sesuailah untuk kita yang tak mampu untuk pergi melancong ke luar negara .Harga untuk masuk rumah ini dibayar oleh pihak sekolah kami .Baju sejuk mereka telah sediakan kita hanya perlu membawa sarung tangan dan pakai kasut yang sesuai .


PWTC ,sana ini saya berada di Dewan yang besar untuk melihat kuiz peringkat akhir dan selepas tamat kuiz tu ,kami diberi makan dan menyalin pakaian untuk bertolak pulang ke Kedah .

Happy Birthdays


22.07.2011 hari kelahiran saya yang ke -16 tahun jadi sekarang saya dengan rasminya berumur 16 tahun .Hari lahir saya ,saya sambut dengan kekawan saya .


Kami sambut birthdays saya dekat KFC di Limbong Kapal .Bersama Izzati,Puteri,dan Fazira .Kami sangat seronok menyambut birthdays saya .


Ini saya bersama Ain dan Puteri di luar tandas KFC .Kami yang suka snap picture ini .Jadi lihatlah saya yang hujung tu sangat gembira dapat sambut hari saya dengan kekawan baru .







Ini saya dengan kawan pergi window shoping .Best taw dapat lepak dengan kawan yang sama kepala .Kami pergi kedai baju ,dan kedai lain lain .Cuci -cuci mata .Lepas tu kami pergi main bowling .







 Ini saya di tempat bowling dengan kawan dan saya ada snap picture saya dengan hadiah yang saya dapat dari kawan-kawan saya .


Semua ini dari kawan kawan sekolah lama saya .Terima kasih korang sebab ingat saya lagi .Sayang korang .


Angry Bird tu dari Siti Madihah  ,yang dalam kotok tu dari Ruhul ,yang kotak besar tu dari Ain ,dan last sekali dari purse coklat tu dar Al-Hafiz 


Ini dari Kak Atih A.K.A Siti Madihah .



Ini dari orang yang saya sayang budak kolej ,jangan marah saya ada koleksi ANGRY BIRD .Semua taw .


Ini baju yang dalam kotak coklat tu ,baju ini sama dengan Ruhul means kalau saya pakai saya akan sama dengan Ruhul jadi kami akan jadi kembar .




Ini dari abang kesayang saya .Abang Zaidi ,lagi satu dia ada bagi baju tapi saya lupa nak snap picture baju tu 

Jadi kesimpulannya saya amat gembira + sedih + terharu = dengan apa yang saya dapat dari orang orang yang saya sayang .Saya tak mengharapkan apa apa pada hari jadi saya ,cukup dengan doa mereka untuk saya .Itu merupakan hadiah yang paling bermakna .Saya berasa saya sudah cukup dewasa sekarang tetapi tak bermaksud saya akan membuat keputusan sendiri tanpa bertanya dahulu kepada orang tua saya .Saya rasa diri saya begitu di hargai pada hari tu .