CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Isnin, 28 Mac 2011

Menanti Sesuatu Penyeksaan


Mencintai seseorang yang tak mungkin mencintai kita semula adalah satu perkara yang perit dalam hidup kita .
Sedih rasa macam bodoh pun ada juga tapi itu hakikat sebenar yang kita tak dapat lari .
Yes ...Saya suka awak ...Dari waktu pertama kali saya jumpa awak .
Awak buat macam macam untuk dapatkan hati saya .
Tapi masa itu saya masih hidup dibawah bayang-bayang kekasih lama saya.
Sedangkan awak lebih terbaik dari dia ,awak sanggup buat macam macam untuk saya ,berkorban segala galanya untuk saya ,tetapi sayang saya tak nampak  itu semua pada saat itu .
Awak tahu ? Waktu kita berjumpa pertama kali ,kawan saya cakap dia suka awak sedangkan saat itu saya sangat menyukai sifat dan peribadi awak .
Tetapi saya tak sanggup lukakan hati dan perasaan kawan baik saya,saya berikan awak kepada dia .
Tetapi awak tetap teguh dengan prinsip awak .Saat itu saya yakin awak yang terbaik untuk saya .
Saya bukan yang terbaik untuk awak .Kita berbeza dari segala segi .

Sekarang kita berjauhan .Awak terpaksa tinggalkan saya untuk masa depan awak dan family awak .
Saya akur dengan semua ini tetapi saya menyesal buat awak menangis .
Saya rindukan awak ,rindukan kenangan kita berdua ,yes saya saat rindukan semua itu .
Sekarang tak ada lagi panggil pada pukul 10 malam .Walaupun sekali .
Kenapa ? Kenapa awak buat saya macam ini ? Adakah awak membenci saya ? Tapi kenapa mesti saya yang tanggung semua ini ? Kenapa ? Kenapa ? Kenapa ?

Saya sedih .Setiap masa saya asyik teringatkan awak .Saya jeles tengok sweet couple kat luar sana.
Mereka tak sedar yang mereka sedang ingatkan saya tentang awak ,teringat kenangan antara kita berdua .
Awak maafkan saya .Kerana selalu buat awak marah ,geram ,nangis ,benci ,meluat dengan perangai saya yang macam budak budak .Tetapi itulah yang saya kagum dengan awak .Kesabaran awak lansung tak tercabar dengan kerenah dan ego saya setiap masa .

Saya tahu sekarang awak sibuk belajar untuk mencapai cita cita awak .Saya akan selalu doakan yang terbaik untuk awak .Saya sekarang pun sibuk belajar untuk menjadi yang terbaik untuk awak dan family awak .
Saya tak nak kecewakan awak dan family awak .Saya nak yang terbaik untuk awak .Setahun 7 bulan ialaha satu penyeksaan yang panjang untuk saya .Saya harap lepas SPM habis kita dapat sambung hubungan kita yang tertunda .Saya selalu berdoa hati saya hanya untuk awak dan hati awak hanya untuk saya .
Jangan hampakan saya .Saya akan tunggu awak sampai awak datang dan menjadi yang halal buat saya .