CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Khamis, 28 April 2011

He`s Mine Too!!

Awak .Saya bahagia sangat hari ini .Saya tak tahu sebab apa .Terus terang setiap kali saya melihat muka awak ,hati saya berbunga riang.Tetapi pada 27/4/2011, saya jadi malu ,segan  untuk menatap muka awak .Sedangkan saat itu awak datang dekat dengan saya .Awak menegur saya dengan sopan tapi tanpa saya menjemput awak ,awak sendiri duduk dihadapan saya .Saya jadi malu dengan  situasi itu.Pada pagi 27/4/2011,sesampainya saya disekolah saya berjalan menuju ke kelas saya ,saya ternampak awak bersama kawan awak lalu dihadapan kelas 4PD .Saya sudah dapat menjangka yang awak akan datang berjumpa dengan saya di kelas .

Setibanya saya di kelas sudah ramai kawan kelas saya sudah sampai ,tidak kira perempuan dan lelaki .Saya duduk ditempat saya ,tetiba awak datang di pintu belakang , ditempat duduk saya meminta saya keluar kerana ada sesuatu yang awak ingin katakan .Saya mengikut kata kata awak, lalu bangun pergi berjumpa dengan awak dipintu belakang disaksikan oleh banyak mata mata yang memerhatikan gerak geri kita berdua .Tetapi sewaktu itu saya tidak peduli .Awak berkata”Nanti waktu rehat kita jumpa sekejap okey ?”Saya menjawab “Hurm ada apa lagi ?”Awak membalas .”Saja ,nanti rehatlah “Saya membalas “Okeylah “saya terus berlalu tak tahan berdiri lebih lama di sisi awak tanpa melihat muka awak sedangkan hati saya meronta –ronta ingin melihat muka awak .Saya tahu agak lama awak berdiri diluar kelas saya ditepi tingkap kelas tempat duduk saya .

Saya berdebar-debar menunggu waktu rehat .Bila loceng sekolah berbunyi itu menunjukkan waktu rehat sudah tiba .Saya jadi takut ingin berjumpa awak .Ain dan Aainaa mengajak saya ke kafe sekolah buat seketika tetapi saya jadi serba salah memilih antara awak ataupun kawan saya .Tetapi bila dikenang saya memilih Ain dan Aainaa kawan baik saya .Saya terbuka hati memilih mereka berdua dan kami mula berjalan di tengah jalan saya diperli oleh Kimie.Sungguh saya amat membenci dia tanpa sebab yang kukuh .Tetapi saya tidak menunjukkannya .Hilang terus semangat saya ,saya terus meleraikan tangan saya yang di pegang oleh Ain ,lalu berpatah baik ke kelas menemani Ruhul yang berada di kelas .Saya berbual dengan Ruhul sementara menunggu awak datang ,saya sudah pasti Ain dan Aainaa berkecil hati dengan saya .Masa terus berlalu ,awak datang melihat saya dari kejauhan ,saya rasa sangat gementar ,saat itu saya tidak berasa apa apa saat melihat muka awak .Waktu rehat tamat awak berlalu pergi saya tahu awak ingin berjumpa saya tetapi disebabkan ramai kawan saya bersama saya , awak membatalkan hajat awak .

Selepas waktu rehat ,saya belajar seperti biasa .Ada mulut mulut nakal yang keluar dari bibir budak lelaki kelas saya mengatakan awak memakai minyak dagu sebab itu ramai yang tergila gilakan awak .Saya dan kawan kawan saya tergelak mendengar kata kata tersebut ,entah mengapa saya jadi tidak percaya dengan kata kata mereka .

Saat yang ditunggu oleh semua pelajar datang jua iaitu waktu pulang ,saya berjalan bersama sama kawan saya menuju ke Anjung Mutiara .Saya melihat awak dari kejauhaan ,tetapi tidak berharapkan apa apa .Saya meletak beg sambil mengunggu kedatangan mak saya untuk menjemput saya pulang .Saya melihat kawan saya pulang meninggalkan saya bersendiriaan .Saya duduk bersila dekat dengan beg saya .Saya menunduk kepala ke lantai kerana saya melihat awak berdiri dihadap saya tetapi pada jarak yang jauh saya melihat kaki awak mengorak langkah menunjuk ke arah saya .Saya menangkat kepala saya melihat awak yang berdiri di hadapan saya ,lalu tertiba awak duduk dihadapan saya ,kita berbual tentang perkara yang sudah selesai .Lalu awak bangun dan berlalu pergi .

Saya melihat awak berjalan keluar dan duduk di pintu pagar bersama budak lelaki lain ,saat itu saya hampa tetapi saat itu juga hati saya tidak gembira seperti selalu.Entahlah mungkin akibat saya terlalu penat hingga perasaan saya beku saat itu .Kawan saya dari kelas lain mengusik saya dengan kata kata nakal mereka dan saya hanya mampu membalas dengan senyum saya .Mak saya datang akhirnya juga ,saya berjalan menunjuk ke arah kereta mak saya ,tetapi saya tahu mata awak melekat pada gerak saya yang sedang diatur ke arah kereta .

Hari ini pula, saya datang ke sekolah denga hati yang gembira entah mengapa .Sebab yang tak pasti dan tak boleh di jelaskan .Semua itu terlalu sukar untuk di tulis dalam kata kata .Sukar disusun oleh saya dan mungkin juga sukar untuk difahamkan oleh awak semua .

Sewaktu dimakmal biologi ,saya melirik ke arah kelas awak ,tanpa di sangka saya melihat awak diluar kelas memerhatikan saya .Saya tak pasti berapa lama awak melihat saya dari kejauhan .Saya jadi malu .Awak tersenyum ,sumpah saya sangat gembira melihat senyum yang berukir dibibir awak .Saya tahu ada orang lain yang curi pandang ke arah awak. Fazira dan Izzati berkata ada orang tengok anglah zahidah dari kelas 4SN .Saya pasti orang tersebut adalah awak ,lama awak berdiri di luar kelas awak .Saya hanya berani mencuri pandang ke arah awak secara diam diam takut ada mata mata yang memerhatikan saya saat itu .Cikgu sains saya sudah masuk ke kelas saya sangka awak akan masuk ke kelas awak tetapi awak tetap berdiri diluar kelas seperti Tugu Negara .Saya belajar seperti biasa tetapi ada sedikit gangguan dari mata awak yang tajam memerhatikan saya dari jauh .Saya rasa bahagia saat itu kerana awak memerhati saya ,saya berharap dengan mata awak yang melekat pada saya akan menumbuhkan rasa sayang dihati awak .Saat Cikgu Sains saya mengarah semua pelajar di tepi tingkap menarik langsir kerana ingin membuka PC ,saya dengan berat hati menarik langsir tersebut di saat akhir saya hanya mampu memberi senyum kepada awak ,dan awak sekadar membalas dengan senyum dan anggukan kepala kepada saya .Dibalik langsir itu saya masih dapat melihat awak masih berdiri di situ dan awak bergerak masuk ke kelas awak .Setelah selesai penerangan dari Cikgu Sains saya ,saya membuka langsir seperti jodoh awak sudah berdiri diluar kelas dan tersenyum manis ke arah saya .Saya jadi tersipu sipu malu .Waktu itu ,loceng akan berbunyi dalam 5 saat lagi .Saya melihat awak berlari ke arah tangga turun , awak berjalan ke arah tingkap saya yang duduk dan merapatkan diri awak dengan tingkap lalu  mengucapkan “selamat rehat sayang “.Saya terkejut saat itu .Saya rasa saya salah dengar ucapan awak itu,tak sangka Fazira dan Izzati pun mendengar ucapan awak tapi saya pasti mereka tidak mendengar dengan jelas .Saya berjalan jalan dengan Aainaa ke kelas saya, 4 AK untuk mencari Buku Akaun Aainaa.Saya tersempak dengan awak di Dewan saat itu awak sedang leka melihat persembahan .Saya dang Aainaa berjalan pulang ke Makmal Biologi untuk berehat bersama kawan kami yang lain ,saya tahu awak mengikut saya dari belakang .Kami sampai di hadapi Makmal Biologi ,awak pergi kearah lain .Saya bersembang dengan kawan saya yang lain , tertiba awak lalu dihadapan kami semua saat itu sungguh jantung saya seperti berhenti bergerak .Awak terus berjalan saya tahu awak tersenyum kerana dapat melihat wajah saya yang terkejut saat itu .Saya tahu awak ke Dewan .Izzati dan Fazira mengajak kami semua ke Dewan untuk melihat pertandingan nyanyian tersebut .Di sana saya terjumpa awak dan mereka berkata awak memerhati saya sungguh saya rasa jantung saya seperti sudah jatuh dan terkeluar dari tempatnya .Waktu rehat tamat ,awak pulang ke kelas ,manakala saya dan semua pelajar kelas kami duduk di Dewan sehingga 4 waktu iaitu dua Waktu untuk BM dan dua Waktu untuk Akaun .Saya penat berdiri di luar Dewan sudahlah panas dan tidak ada angin saya seperti mahu pengsan saat itu ,saat Atiqah melangkah untuk duduk di kelas kami saya mengikut dari belakang saya duduk betul betul dibawah kipas ,syukurlah saya tidak rebah menyembah lantai di luar Dewan .Saya lupa untuk mengambil ubat saya sewaktu rehat tadi itulah akibatnya .Setelah semuanya selesai .Kami semua berundur ke Makmal Biologi untuk Subjek Sivik dan kami dikehendaki untuk berkebun di Taman Keladi.Saya dan kawan saya yang tidak memakai baju sukan bersungguh sungguh membuat kerja kerja tersebut kerana tidak mahu dikatakan pemalas dan tidak pandai membuat kerja .Saya tahu awak keluar dan memerhatikan saya ,saat itu saya fokus membuat kerja tidak lagi peduli mata awak yang tajam memerhatikan saya yang berada di bawah .Hanif memerli saya dengan mengatakan “Zahidah ,hang buat kerja tak banyak mana tapi minum air banyak ,tengok semua lelaki tengok hang “Saya malas untuk membalas kata kata dia ,saya hanya membiarkan kata katanya berlalu dibawa angin lalu .Saya melihat awak memgengam tangan awak dan saat itu muka awak merah padam saya tidak tahu sebab apa, saya hanya membalas dengan senyum dan tangan awak mula terlerai dan muka awak tidak lagi merah .Setelah selesai semua itu kami masuk ke dalam Makmal dan berehat menanti waktu pulang ,loceng berbunyi awak keluar dari kelas berjalan ke tangga dan menuju ke Anjung Mutiara saya melihat awak dari jauh ,awak meletak beg awak dan ke Kafe membeli air dan jalan ke meja yang ada dihadapan makmal dan duduk di tempat duduk saya sewaktu rehat tadi .Saya terpanah awak duduk ditempat saya tadi .Lama juga awak duduk di situ kemudian awak bangun menuju ke Kafe semula dan berjumpa dengan kawan awak dan hilang dari pandangan saya .Kemudian awak muncul semula dan duduk di tepi beg awak menunggu ibubapa awak.Mak saya sudah datang lalu saya mengambil beg dan berjalan ke kereta. saya melihat awak dan mata kita berpaut saya pergi dari pandangan mata awak. 

Rabu, 27 April 2011

Thanks To Allah

Thanks Allah for create me a good friend like them,Ruhul Fatin ,Siti Fatimah ,Nur Ain ,Nur Fazira ,Nur Izzati ,Aainaa Mahirah ,Winarseh Puteri Tiasa,Sobiroh and lastly Rafidah .

Panggilan :
Ruhul Fatin : Ruhul
Siti Fatimah : Shima
Nur Ain : Ain
Nur Fazira : Fazira
Nur Izzati : Izzati
Aainna Mahirah : Aainaa
Winarseh Puteri Tiasa : Puteri
Sobiroh : Bie
Rafidah : Pidah

Perangai :
Mereka semua ini baik sangat dengan saya .Ini terbukti dengan kejadian 26/4/2011 yang terjadi di sekolah .Mereka yang memujuk dan memberikan ketenangan kepada saya saat menghadapi kesusahan dan masalah yang terlalu sukar untuk difahamkan .

Kelebihan :
Mereka semua sentiasa bersama saya saat itu walaupun mereka berjauhan dengan saya tetapi mereka tetap memberi semangat kepada saya .Malah mereka memberi kepercayaan kepada saya yang terlalu besar .Saya sangat sayang kepada mereka semua .Mereka pandai membuat lawak saat saya sedang kesedihan,baiknya awak semua terhadap saya .Sentiasa disisi saya even disaat saya jatuh dan didatangi dengan pelbagai kekusutan .

Kelemahan :
Mereka semua sedih melihat saya menangis dan terkejut melihat saya dengan keadaan sedemikian .

Keistimewaan :
Mereka semua cantik .Memang tak rugi kalau korang semua ambil mereka jadi girlfriend korang .Plus setiap mereka mempunyai kelebihan yang tersendiri tahu .

Likes :
Mereka semua termasuk saya suka ketawa , berbual ,berjalan ,makan ,lepak dan banyak lagi yang kami buat sesama .Semua itu terlalu manis tahu .

So, Friend.Please know this,i love you all until my last breath <3


Ini picture kami :Saya ,Ruhul,Fazira,Ain and Izzati .


Azwa,Puteri,Saya,Sam,Ain


Puteri and Saya




Puteri ,Aainaa and Ain




Saya and Ain


Rabu, 20 April 2011

Thank You For Coming Into My Life


Hari ini merupakan hati yang paling teruk untuk saya .Saya betul betul hilang arah dalam hidup .Saya baru habis mengingati semua pesanan ringkas yang awak hantar kepada saya sepanjang bulan ini.Saya tahu awak tak akan melupakan kekasih lama awak yang awak sangat sayang .Seperti tiada ada orang yang layak untuk mengantikan  tempat kekasih lama awak di hati awak .Seperti didalam tubuh awak mengalir darah kekasih lama awak .Mungkin sebab itu awak begitu sukar untuk melupakannya .Saya sedih saat mengingati hakikat yang sebenarnya ,hakikat yang tak dapat diubah .Semua itu terlalu kukuh didalam kotak minda awak yang sukar untuk dibuang .Saya tak tahu macam mana nak dapatkan hati awak .Hati awak terlalu sukar untuk dilembutkan .Bahkan sampai satu tahap saya sudah patah harapan .Awak menutup hati awak ,fikiran awak dan segala-galanya dengan utuh sehingga tidak ada satu pun yang terbuka untuk saya masuk .


Awak tahu semua ini buat hidup saya seolah - olah berhenti .Seperti dunia ini berhenti berputar .Tapi apa boleh saya buat .Semua ini takdir yang tak dapat diubah malahan tak dapat dinafikan .Cinta awak terlalu kuat untuk kekasih lama awak sehinggakan itu membunuh saya secara diam .Tetapi saya kagum dengan awak ,walaupun sudah putus awak masti sayang ,ingat ,cintakan kekasih lama awak seperti dulu .Alangkah bagusnya jika ADAM kekasih lama saya seperti awak ,tetapi itu tak mungkin berlaku .Awak dengan dia dua orang yang berbeza mana mungkin dia jadi seperti awak .Walau apa apa pun ADAM bahagia disamping orang yang dia sayang,dulu saya tak boleh lepaskan dia ,tetapi saya mahu dia bahagia jadi saya relakan .Dan sekarang saya sudah melupakan dia sepenuhnya .


Gambar diatas ini ingatkan saya kepada IZZAT kawan baik saya.Dia sangat mencintai saya .Tetapi saya tak sempat balas cinta dia kerana saya terlalu mengharapkan kekasih lama saya iaitu ADAM .Semua itu sia - sia tidak mendatangkan apa apa faedah untuk saya .Saat saya terjatuh dah tak mampu untuk bangun .IZZAT yang banyak teman saya ,bantu saya , bimbing saya .Tapi semua itu berlalu pergi seperti di tiup angin lalu .Semua itu bagi mimpi yang langsung tak logik .Saya rasa baru semalam saya bergurau senda dengan dia .Tetapi dia telah pergi ,semua kerana keluarganya .Tiba masanya dia bersungguh -sungguh untuk masa depan keluarganya ,masa depannya .Saya tak boleh terima itu dengan mudah .Bayangkan pada 15/10/2010 kali pertama kami berjumpa ,mengenal diri sendiri ,bertukar fikiran ,pendapat,minat ,kegemaran dan lain lain.Banyak keserasian antara kami berdua .Saya sangat bahagia kerana mungkin dia yang akan menganti tempat ADAM .148 hari kita berhubung seperti orang bercinta .Semua itu terlalu indah untuk dikenang bahkan terlalu sukar untuk dilupakan .Tetapi kegembiraan kam tak berpanjangan .Seperti tidak ada jodoh antara kami ,seperti perjumpaan kami  yang pada mulanya dulu satu kesilapan yang sepatutnya tidak berlaku .Tetapi saya telah terjatuh malah bukan jatuh sebarang jatuh ,jatuh seperti tersungkur dan dihempap batu yang menghancurkan badan saya secara perlahan tetapi menyakitkan.Ini kerana begitu mudah awak katakan saya perempuan murahan yang mengharap kasih orang yang tak sudi.Saya rasa semua itu terlalu pahit yang ditelan .Kata kata yang keluar dari mulut awak itu satu penipuaan .Saya rasa seperti saya tertelan pasir .Bibir awak tidak pernah marah saya ,menengkin saya bahkan menghina saya jauh sekali tetapi hari itu buat saya sedar .Saya harus melangkah pergi dari hidup awak dengan segera .Saya segera melangkah pergi demi orang yang saya sayang .Sekarang awak bahagia yang tersenyum kerana awak dapat yang awak inginkan .11/3/2011 hari terakhir untuk saya dengan awak .Saya tinggalkan awak atas permintaan awak .


Ini perjumpaan saya yang ketiga selepas saya berjaya melupakan ADAM & IZZAT .Saya melupakan mereka atas permintaan mereka dan hati saya merelakannya .Demi mereka  saya sanggup berkorban ,saya mahu mereka bahagia disamping orang yang mereka sayang dan itu membuat saya bahagia jika mereka pun bahagia .Sekarang saya menjumpai orang baru yang buat saya gembira semula .Saya seperti mati hidup semula , selepas menjumpai dia .Tetapi dia diciptakan bukan untuk saya .Dia masih sayangkan kekasih lamanya .Tidak ada ruang dihatinya untuk saya masuk .Saya membuat keputusan untuk menjauhkan diri saya darinya ,saya harap dengan cara itu saya boleh melupakannya .Mana mungkin saya merampas dia dari kekasih lamanya .Malahan saya tak sanggup menganggu hubungan dia bersama kekasih lamanya .Saya sudah tahu bertapa sakitnya bila hak kita di rampas oleh orang lain .Saya rasa itu saat ADAM couple dengan kawan baik saya sendiri tetapi saya tidak kisah sekarang mungkin jodoh mereka siapa tahu .


Antara mereka bertiga ,lelaki yang paling saya sayang dan saya cintai ialah yang ketiga .Saya tidak tahu kenapa tetapi dia sekarang berada di carta hati saya .Bahkan saya mengharapkan dia akan kembali kepada saya ,saat dia sedar saya sangat mencintai dia dengan sepenuh hati .Saya tak akan sia - siakan dia jika dia datang kepada saya .Malah saya akn cuba jadi yang terbaik untuk dia .Dan berusaha untuk kekalkan hubungan kami sampai ke penghujungnya .Saya harap kekawan yang membaca blog saya or entri saya kali ini doakan saya dapat lelaki yang ketiga ini .Saya sangat mencintai dia .





Ahad, 17 April 2011

Hari Ini


Hello my dear friends ,Saya rindu korang semua .Korang hari ini merupakan hari yang sepatutnya happy untuk saya bertukar menjadi sedih .Korang boleh bayangkan orang yang saya sayang ,still sayang kat ex gf dia ?Saya maksudkan Si Dia yang telah mencuri hati saya .

Peristiwaan yang berlaku pada hari ini

-          ABANG TINGKATAN 5 BAGI NUMBER
-          BERDIRI DI TENGAH PANAS
-          MEMDAPAT ANUGERAH KEPUTUSAN TERBAIK UNTUK UNTUK SUBJEK
-          BERBUAL DENGAN SI DIA BERDUA DI ANJUNG MUTIARA

Bermula di pagi yang indah saya sampai dengan semangat yang luar biasa hebat .Dan ada abang tingkatan 5 yang bagi number dia dekat saya melalui Hanif .Pada mulanya sewaktu pelajaran  BAHASA MELAYU saya sibuk membuat kerja yang di beri setelah siapa saya berpaling kebelakang dan melihat ada abang tingkatan lalu dia senyum kepada saya jadi wajar saya membalasnya .Jujur saya tak kenal abang tingkatan 5 itu .Saya perasaan dia memehati saya dari ekor matanya yang melihat saya berbual dengan kekawan saya .Setelah itu Abang tingkatan 5 itu berlalu pergi bersama Hanif .Di waktu rehat .Selepas itu , saya cemburu tengok ada perempauan  main mata dengan Si Dia depan saya .How come ?Menyerap darah saya .Saya bengang gila time itu .Then Anas budak kelas 4MPV datang panggil saya untuk kawat hari anugerah cemerlang pada hari Rabu ini .Berkawat adalah satu kesukaan saya pada masa dulu tetapi bukan sekarang .Saya agak gembira dengan kerenah adik adik yang menyatakan saya comel dan manja .Semua itu buat saya tersipu malu .Kembali kepada kawat .Adusss,semua ini buat saya berbululah .Esok pulak saya akan terima hadiah dekat dewan atas keputusan ujian yang membanggakan untuk awal tahun .Harap semua ini berkekalan sampai akhir tahun dan sampai saya habis belajar .Sudahlah dihadapan orang ramai pasti memalukan jika berlaku perkara yang memalukan .Harap saya dilindungi ALLAH

Erm sekarang tiba masanya saya cerita tentang Si Dia .Waktu rehat Si Dia datang rehat depan kelas saya .Jujur Si Dia buat saya gembira dengan kehadirannya .Tetapi yang memburukkan keadaan ada mata mata nakal yang turut sertai tanpa di jemput .Saya geram tetapi tak terucap .Saya reda dengan keadaan itu .Then waktu balik saya berjalan dengan tiga orang kawan yang saya paling sayang ,tetapi seorang jalan dengan bfnya saya tak kisah .Sebab ada dua orang lagi yang boleh teman saya .Sampai sahaja di Anjung Mutiara saya ternampak Si Dia berjalan menuju ke satu tempat untuk meletak beg ungu kesayangnya .Saya hanya berani memerhati dari ekor mata .Jujur Si Dia sungguh comel di mata saya .Si Dia dengan sopan menegur saya ,saya jadi tersipu sipu malu dengan keadaan itu .Saya berbual mesra dengannya dan banyak mata mata nakal yang memerhatikan perlakuaan saya dengan Si Dia .Sungguh senyumnya buat semua orang terpesona melihatnya .

Saya memberitahu Si Dia yang ada abang tingkatan 5 memberi numbernya kepada saya tetapi Si Dia malah membuat jenakan dengan berita yang saya bawa .Si Dia meminta izin untuk berlalu pergi saya tidak tahu Si Dia ingin kemana .Saya melihat ke jalan raya terlihatlah kereta yang dipandu  oleh ayah saya sampai saya pulang dengan hati yang gembira tak terkata .Saya harap Si Dia akan menjadi milik saya .Kekawan semua doakan saya yew .

Si Dia pandai melukis lukisannya sangat cantik dan kemas .Si Dia juga agak rapat dengan cikgu sains kesukaan saya .Si Dia melihat saya mencuci tingkap kelas .Si Dia kata saya comel bila buat semua kerja itu .Tapi saya tak suka buat semua tu .


Sebenarnya banyak lagi yang saya ingin tulis tertapi saya tak boleh tulis semua kerana sebab tertentu .Maaf .



Sabtu, 16 April 2011

Good Bye Masa Silam ..


Gambar ini menujukkan saya ditemani dengan kekawan saya yang berharap saya tidak menunggu sesuatu yang belum pasti menjadi milik saya .Mereka mengharapkan saya teruskan hidup tanpa menunggu orang yang telah lama tinggalkan saya .Mereka memberi nasihat dan itu membuat saya berfikir .Awak bolah hidup tanpa saya kenapa saya tak boleh hidup tanpa awak ?Awak langsung tak risau tentang keadaan saya kenapa saya perlu risau tentang keadaan awak ?Sebenarnya banyak lagi benda yang melintas kotak minda saya saat saya berfikir tentang nasihat mereka tetapi tak tertulis dalam entri kali ini .


Hello semua kekawan saya .Macam mana hari korang semua ?Hope korang have a fine n nice day for this weeks.Dah lamakan saya tak update entri dalam blog ini .Baru baru ini ,saya dah jumpa seorang lelaki yang telah mencuri hati saya .Korang mesti tertanya -tanya macam mana dengan si dia yang saya sayang dulukan ? Kawan saya semua banyak beri semangat dan dorongan untuk saya move on dari masa silam saya .Time saya tulis entri ini saya ada luar dari kedah .Saya dah tinggalkan masa lalu saya .Bukan niat saya nak lupakan dia tetapi itu permintaan dia .Mak saya cakap kalau kita sayang orang tu kita mesti sanggup buat apa sahaja asal dia bahagia , so ini yang dia minta dan saya makbulkan .Walaupun saya sedih tapi ada kebaikannya dibalik semua ini .Saya rasa ini takdir tuhan putuskan saya dengan dia dan jumpakan saya dengan orang yang baru .Sekarang saya dah tak hidup dalam masa lalu .Senyuman yang terukir di bibir saya ini ikhlas dari lubuk hati saya yang paling dalam .Saya gembira sekarang .Saya ada banyak kawan ,abang ,kakak ,adik yang sentiasa bersama saya .Hope no more cry after this .Macam gambar diatas saya dah pindah dari masa lalu ke masa sekarang tak guna menunggu sesuatu yang belum pasti jadi milik kita .Dan tak guna kita tunggu dia yang sedang mengejar cita citanya kalau memang jodoh tak kemana ,jadi redalah semua ini dengan hati yang terbuka .

Korang tahu orang yang baru saya jumpa ini sangat comel .Semua ini bermula pada hari Isnin tanggal 11/4/2011.Pada waktu itu kelas saya tak ada guru masuk belajar dan ramailah pelajar lelaki dari kelas lain datang melawat kelas saya .Mereka berbual dengan budak lelaki kelas saya .Saya duduk di meja Rafidah teman sekelas saya yang terletak dihadapan kelas ,manakala tempat saya hanya dibelakang tempat duduk Rafidah .Tempat duduk saya diduduki oleh Fazira .Kebetulan kerusi panjang yang dulunya terletak dibelakang kelas dipindahkan kehadapan kelas atas sebab tertentu .Si dia yang comey ini datang duduk di kerusi panjang tersebut .Si dia duduk sebelah budak lelaki kelas saya yang terkenal dengan mulut bisingnya .Hanif menjerit tanpa sebab membuatkan saya ingin melihat kearahnya , pada saat itulah saya ternampak Si dia yang sangat comel .Dan memang tak dapat nafikan saat itu saya terlepas cakap saya berkata “Sobiroh (gadis yang duduk disebelah saya saat itu)siapa budak lelaki itu comeynya ...Saat itu Si dia mendengar kata kata saya dan terus melihat saya dengan senyum yang tertahan –tahan , saya pula tersipu sipu malu ,dan Fazira pun meminati Si dia” .

Si dia bangun dan menuju ke belakang kelas saya dan duduk di belakang bahagian kelas , saya pun meneruskan kerja saya yang tertangguh. Tiba tiba Hanif datang membawa secebis kertas kecil yang tertulis number telefon .Saya tertanya-tanya number telefon siapa yang tertulis itu ,rupa-rupanya number tersebut milik Si dia.Malangnya Si dia juga memberi numbernya kepada Fazira .Tiba tiba Fazira datang menemui saya yang sedang leka membuat kerja sekolah ,dia bertanya adakah saya ingin menghubungi Si dia ?Saya menjawab mungkin .Fazira berlalu tanpa sebarang kata .Saya mula ragu dengan number telepon yang diberi siapa tahu mungkin sahaja number telefon itu milik orang lain bukan Si dia .Saya pun bertanya kepada Hanif “Wey number telefon hindu mana ang bagi kat aku ini?”. Hanif  menunjuk kearah Si dia yang saat itu merah padam mukanya mungkin marah dengan kata kata yang terkeluar dari bibir nakal saya .Saat itu juga Hafiz bangun dan berkata “Wey ang Zahidah jaga sikit mulut kawan aku terasa kot”. Saya pun diam seribu kata .

Itu sahaja cerita buat saat ini banyak lagi masa gembira bersama Si dia yang akan saya tulis pada entri yang akan datang .Hope impian saya untuk bersama Si dia tercapai .Kekawan tolong doakan saya supaya dapat melupakan masa lalu saya dan terus move on dari kisah lampau saya yang sangat menyedihkan .Sekarang masanya saya untuk menikmati hidup saya tanpa ditemani air mata .Saya tak akan mengharap lagi kepada awak .Saya tak mahu susahkan lagi kekawan saya .Mereka terpaksa mendengar tangisan dan keluh dari bibir saya setiap kali saya teringatkan awak .Mereka pasti akan jemu untuk mendengar keluh saya .Jadi saya membuat keputusan yang terbaik untuk awak .Iaitu lupakan awak dan kejar masa depan saya .Bukan ini yang saya pinta tetapi awak jangan marah atas semua ini.Sekarang saya telah reda dengan semua ini .Ingat saya tak pernah menyesal berjumpa dengan awak ,berkenal dengan awak.Saya harapkan yang terbaik untuk awak , doa saya sentiasa bersama awak .




Isnin, 11 April 2011


Awak.Jujur saya katakan hati saya amat merindui awak .Saya tak tahu kenapa ,saya tak kuat nak hadapi semua ini .Awak banyak membawa erti kepada saya .Awak melengkapi sebahagia dari hidup saya .Macam mana saya nak lupakan semua itu ?Semua ini membunuh saya dalam diam .Awak sampai hati awak buat saya macam ini .Awak sanggup tengok saya menangis macam ini ?Awak , saya tak tahu apa patut saya buat sekarang .Saya nak awak balik .Baru saya sedar bertapa bermaknanya awak dalam hidup saya, kenapa sekarang baru saya sedar semua itu ?Kenapa tak dulu ?Kenapa bila saat saya sedar awak pergi ?Kenapa??Saya perlu jawapan awak sekarang .

Saya tak pernah berhenti mencintai awak ,saya cuma berhenti menunjukkannya kepada awak .Awak saya menyesal dengan semua ini .Saya tak akan ulang kesalahan saya kepada awak buat kali kedua .Beri saya peluang ,saya nak betulkan semua ini.Awak sedar tak kita sangat serasi bersama .Awak , saya sanggup buat apa sahaja untuk awak .Awak beri saya peluang nak tunjukkan rasa cinta saya untuk awak .

Kenapa awak pergi saat saya cintakan awak ?Awak dah tak tahan nak tunggu saya kew ?Awak saya tak tahu nak cakap macam mana lagi dengan awak .Semua ini terlalu berat untuk saya .Saya tak kuat nak hadapi semua ini tanpa awak disisi saya .Kalau dulu awak sumber kebahagiaan saya tapi sekrang tidak lagi saya tak bahagia dengan permergiaan awak , malahan saya terseksa dengan semua ini .Apa saya buat saya akan selalu ingat pada awak .Saya tahu saya banyak sakiti hati awak tapi saya tak sengaja saya minta maaf sekarang semua itu di balas dengan air mata saya .Saya menderita dengan semua ini .

Untuk yang terakhir kalinya ,saya nak awak dengar permintaan hati saya ,sungguh saya mahu awak balik kepada saya .Saya tak pernah benci ,marah ,dendam dengan awak .Apa yang awak buat dekat saya setimpal dengan apa yang saya buat dekat awak dulu .Macam awak cakap “What you give ,You get back”.Kalau awak balik kepada saya ,saya janji saya berubah demi kebaikan kita berdua .”I do everything as long i get you back”,awak baliklah .

Awak selalu cakap awak budak setan , tapi saya tak kisah sebab itu bukan awak .Awak buat semua itu bersebab .Awak , saya tak pernah menyesal berjumpa dengan awak dulu .Saya rasa itu saat yang paling bahagia dan bermakna .Awak terlalu sempurna untuk saya .Awak jadi kegilaan kekawan saya ,ramai yang goda awak tapi awak tetap dengan saya ,saya kagum sangat .Tapi saat itu saya masih buta sebab masih berharapkan ex –bf saya yang sudah bertunang dengan kawan baik saya sendiri tapi awak tetapi teguh di sisi saya .Awak langsung tak goyang  apabila saya bercakap dengan kawan lelaki saya yang lain sebab awak tahu saya layan mereka biasa biasa tak macam saya layan awak .

Setiap hari saya menanti panggilan dari awak walaupun saya tahu itu semua sia – sia tapi tak salahkan saya menunggu awak ? Ramai kawan saya cakap sakit bila kita tunggu sesuatu yang belum pasti akan jadi milik kita satu hari nanti ,betul apa yang mereka cakap tapi saya tak kisah untuk tunggu awak .Satu hari nanti pasti yang terbaik akan terjadi untuk kita berdua .Saya yakin ,awak saya sentiasa berdoa untuk kita berdua ,doa saya sentiasa bersama awak .Saya akan buat apa sahaja asalkan awak bahagia ,saya tak nak awak sakit lagi .Saya tak pernah salahkan awak atas apa yang berlaku diantara kita .Saya anggap ini semua takdir yang telah tertulis .Saya reda dan saya harap setiap setitis air mata saya akan berganti dengan senyum bahagia di sisi awak .

Rabu, 6 April 2011

Tentang Dirimu

Hey semua kekawan saya. Miss all of you so much. Hari ini tak seperti hari hari semalam , pagi tadi cikgu ada pilih 20 orang dari setiap unit uniform untuk sesi bergambar bagi majalah sekolah untuk sesi 2012 dan teka saya salah seorang dari pelajar yang dipilih. Bila habis bergambar itu saya terus teringat awak , sebab awakkan selalu jadi cover majalah sekolah awak . Lagipun awakkan aktif dekat sekolah awak tak hairanlah boleh kata semua helaian dalam majalah sekolah awak itu penuh dengan muka awak .Bila diingatkan balik semua ini kelakar .Tapi saya masih tak boleh tersenyum seperti dahulu .Senyum saya sekarang penuh dengan kepalsuaan .Awak exam kali ini saya dapat number 7 dalam kelas ,semua orang gembira tapi saya ?.Saya pun gembira tapi dalam sedih awak tahukan kejayaan saya tak bermakna kalau awak tak turut serta .Awak mesti gembira bila tahu berita inikan .Saya tak sepandai awak yang selalu dapat top 5 .Tapi saya akan cuba apa sahaja untuk setanding dengan awak .

Awak hari khamis malam jumaat ini sekolah saya ada buat qiamullail.Saya jadi teringat dekat awak .Saya tahu awak selalu buat qiamullail .Awak memang ada ciri ciri anak yang soleh,baik,taat .Tak hairanlah semua kekawan awak sayang awak .Saya selalu tanya awak buat apa kalau awak qiamullail ?Awak selalu jawab "baca al-quran,sembahyang,zikir"saya jadi pelik dan hairan dengan awak .Awak berbeza dengan budak lelaki lain yang sebaya dengan kita .Itu istimewanya awak di mata saya .

Tadi saya baru habis tengok cerita asmara .Cerita kesukaan awakkan ?Dulu saya tak suka cerita itu .Tapi awak paksa suruh saya tengok dan awak selalu cerita dekat saya bila awak call saya .Betul cakap awak asmara itu baik sangat .Nice just like you dear .Tapi semua itu lakonan sahaja .Tapi bagi saya awaklah asmara saya yang wujud didunia ini .Awak baik ,caring ,sweet,bertanggungjawab,dan lain lain .Awak ,saya rasakan cinta kita macam cerita asmara .Kita tiru diorang atau diorang tiru kita ?Awak tahu tak asmara bahagia dengan isteri baru dia "MELATI", dia dah lupakan "ZAHILA".Agak -agak awak pun dah bahagia dengan girlfriend baru awakkan .

Petang tadi mak buat lemping .Bila saya tengok lemping itu saya teringat awak .Awakkan suka makan lemping itu .Boleh kata setiap kali cuti awak balik rumah mesti awak buat lempingkan ?Kalau mak awak tak buatkan untuk awak ,awak masuk dapur dan buat sendiri .Bila dah siap awak makan kemudian mak awak bebel dekat awak sebab awak sepakkan barang dan tak simpan balik bila dah habis guna .Awak selalu buat peka bila mak awak bebel .Macam tak ada apa yang berlaku.

Hurm tadi saya ada susun baju dalam almari bilik saya .Saya ternampak baju baju yang saya pernah pakai bila saya jumpa awak .Dan satu baju yang sangat istimewa iaitu baju yang kita beli sama corak .Saya sayang sangat baju itu .Saya punye warna hitam awak pulak warna putih .Bila diingat balik semua itu buat saya sedih jew .Tapi saya tak kisah sebab saya sayang awak.Itu jew kan satu satunya kenang kita .


Awak bila saya tengok bola ,baju bola, kasut bola semua tentang bola saya ingat awak yang suka main bola .Awak gila sangat dengan bola awak .Sampai sanggup sakit satu badan,berlatih tengah tengah panas ,semua untuk bola saya selalu marah awakkan ? Tapi awak buat pekak badak .Saya ingat lagi kasut bola awak yang warna pink .Luculah awak pilih kasut bola warna pink .Macam manalah rupa awak bila main bola pakai kasut bola warna pink.


Sekarang semua budak perempuan dekat sekolah baru saya suka korean .Ya allah sabar jewlah .Sama jew dengan awak yang suka sangat pelakon perempuan n pelakon lelaki yang mata sepet itu .Awak suka tengok cerita korean then suruh saya tengok ish tolonglah saya tak layan cerita macam itu ,tapi untuk awak saya tengok jew lah siap hafal jalan cerita supaya awak tak kecil hati .Awak pun pernah nyanyi lagu korean dekat saya tapi sorry saya tak faham maksud lagu itu tapi awak menyanyi dengan sepenuh hati awak untuk saya .


Erm terus terang banyak sangat benda yang ada di sekeliling saya , buat saya ingat awak .Macam mana saya nak teruskan hidup saya tanpa awak? Macam mana saya nak kejar cita cita saya bila semua cita cita saya ada kaitan dengan awak?Macam mana saya nak hidup sedangkan dulu saya hidup semata mata untuk awak dan family saya ?Macam mana saya nak capai impian saya sedangkan impian saya ialah bersama awak ?Macam mana saya nak belajar sedangkan awak yang selalu ajar saya ?Macam mana yang nak senyum bila awak yang selalu buat saya tersenyum?Macam mana saya nak senang hati sedangkan saya tak tahu bagaimana keadaan awak sekarang ? Persoalan demi persoalan yang datang dalam minda saya .Saya perlu jawapannya .


Andai cinta itu bukan milik ku..aku relakan engkau pergi 
Namun , jika engkau sememangnya sudah ditakdirkan untuk ku ...
Jangan biarkan aku ditinggal sepi !



Isnin, 4 April 2011

Maafkan Ku.....Sayang ....


Awak.Saya rindu awak dalam mimpi mimpi saya .Awak.Saya rindu suara awak .Awak .Saya rindu kata kata awak .Semua ini terlalu cepat untuk saya terima .Semua ini terlalu pantas berlalu pergi  meninggalkan saya dengan memori semalam .Saya masih seperti di buai mimpi - mimpi kosong dan angan -angan yang tak akan menjadi kenyataan .Seperti istana pasir yang akan roboh bila dipukul air pantai .Seperti dedaun yang kering menunggu masa di tiup angin dan akan berterbangan di udara .Saya tak sedar saya dah sia - siakan awak dahulu. Awak .Maafkan kesilapan + kebodohan + kebutan yang ada pada diri saya saat lalui .Sekarang saya sudah bangun dan menunggu awak datang menyambut tangan saya , bawalah saya ke dunia yang awak ingin .

Awak saya rasa kehilangan awak .Tubuh saya terasa terlalu ringan .Seperti tidak ada roh dalam tubuh saya .
Saya hidup tak ubah seperti maya hidup tanpa awak di sisi saya .Tidak ada lagi kata kata cinta yang dapat saya baca setiap pagi .Tidak ada lagi nyanyian syurga dari bibir awak yang selalu menjadi halwa telinga saya .Tidak ada lagi ayat ayat suci AL -QURAN yang menghiasi bibir awak yang selalu diperderngarkan untuk saya setiap malam  .Tidak ada lagi nasihat dari bibir awak untuk saya yang sangat degil .Tidak ada lagi leteran yang selalu membuat saya tersenyum .Tidak ada lagi teguran yang pedih lagi menyakitkan hati saya .Tidak ada lagi kata kata puji - pujian untuk saya .Tidak ada lagi pujuk rayu dari awak untuk saya gadis yang awak cintai dulu .Tidak ada lagi kata kata semangat untuk saya sewaktu saya hadapi ujian .Tidak ada lagi komen komen awak yang tak berperikemanusiaan untuk setiap pakaian saya .Awak saya rindu semua itu .Saya rindu saat -saat manis itu .

Semua itu terlalu manis dan indah untuk dilupakan .Bagaimana saya mahu lupakan semua itu dalam masa yang singkat.Semua kenangan itu seperti pita video yang diulang tayang dalam minda dan mimpi mimpi malam saya .Awak ingat tak dulu awak selalu kata saya macam budak budak .Awak selalu tarik hidung saya .Awak selalu cubit pipi saya sampai merah .Dengan alasan nanti sayang tak perlu bazir duit beli permerah pipi .Awak ada juga cakap hidung saya tak mancung macam Paris Hilton .So awak tarik hidung saya supaya hidung saya mancung macam Paris Hilton .Dan saya akan merajuk + pura pura sakit + berpaling ke arah lain = Awak pun akan mulakan sesi pujuk memujuk .Macam - macam awak buat , untuk dapatkan kemaafan saya .Awak selalu tangkap gambar saya secara spontan dengan alasan nak gambar simpan gambar saya yang biasa - biasa seperti tidak di buat buat .

Bila saya tengok semua gambar saya dalam handphone awak ,saya terkejut sangat .Tak sangka semua gambar saya awak simpan .Awak .Saya buta sangat masa itu .Saya masih tak nampak bertapa sayangnya awak ke saya .Saya tak nampak bertapa besarnya kasih sayang awak untuk saya .Sekarang saya kehilangan awak .Saya menyesal sangat hilang satu satunya lelaki yang sangat menyintai saya iaitu awak .Awak , saya tak tahu sampai bila saya boleh tahan hidup tanpa awak di sisi saya .





Ahad, 3 April 2011

Rela Ku Menanti


Hurm , hari ini merupakan hari yang paling teruk dalam tahun ini ...Saya tak tahu kenapa ...Semua berubah bila awak melangkah setapak demi setapak mengatur langkah keluar dari hidup saya ...Saya hilang arah tuju , hilang arah ..Setiap kali hembusan nafas yang keluar dari badah saya seperti sia-sia tak memberi apa apa makna dalam hidup saya buat masa sekarang ....

Awak terus terang saya masih mengharapkan awak kembali  pulang kepada saya ...Saya menyesal buat awak menangis kerana perangai saya yang kerterlaluan ...Saya berjanji akan buat awak sentiasa tersenyum gembira..Saya tak boleh lupakan semua kenangan kita ..Semua itu terlalu indah untuk dipadamkan dalam kotak memori saya ...Bila saya bangun dari tidur saya berharap ini satu mimpi buruk bagi saya ...Kalau boleh saya tak mahu tidur kerana saya tak mahu hadapi hari yang mendatang tanpa awak ...Hukum apa yang seberat ini ...Ini menyakit saya ...Hati saya berbekas sembilu ...Lukanya sangat dalam dan penawarnya adalah awak ...Saya masih berharap kita dapat jalinkan hubungan kita ...Itu adalah penawar yang paling mujarab untuk saya .. Awak tahu semua tentang awak masih dalam kotak ingatan saya ...

Semua ini bagaikan satu sumpahan buat saya ...Saya tak sanggup tengok awak pergi kepada perempuan lain ...Awak tolonglah saya merayu kepada awak baliklah kepada saya ...Awak satu - satunya sebab saya masih hidup sampai sekarang , awak kebanyakan kekawan saya dah mula perasan  perubahan saya ...Awak saya dah tak banyak cakap , tidak ada lagi gelak ketawa di bibir saya , tidak ada lagi kata kata riang yang saya mampu ucapakan kepada semua kekawan saya ...Jika saya berkata - kata pun itu hanya untuk menyedapkan hati saya yang terluka..Awak , saya nak balik kepada hidup saya yang normal ...Awak sedar tak awak dah bawa lari belahan hati saya pergi bersama awak tanpa awak sedari ....Kembalilah dan kita cantum belahan hati itu ....Awak ....Awak satu dalam berjuta saya setia menunggu awak kembali...

Ini satu sejarah dalam hidup saya ...Awak datang dengan satu harapan yang menggunung kepada saya , tapi saya sia - siakan ...Saya manusia yang paling bodoh ....Saya tak sedar bertapa besarnya cinta awak kepada saya dulu ...Awak sanggup buat apa sahaja untuk saya ...Awak terlalu berani dah selalu mengambil risiko yang memudaratkan diri awak untuk saya ...Gadis yang bodoh , buta , tak menghargai semua yang awak lakukan untuknya ...Saya rasa ini satu hukuman yang terlalu berat untuk saya hadapi ....Awak dah ambil sebahagian dari hidup saya ...Awak pelengkap hidup saya ..Pulanglah sayang kembali kepada yang menunggu mu disini dengan harap yang tak akan pernah luntur ....Setiap kali saya tidur kotak memori saya seperti memutar kembali detik detik bahagia kita yang sangat indah ...Dan bila saya bangun saya akan menangisi kerana saya terpaksa menghadapi hari hari tanpa awak ...





Jumaat, 1 April 2011

AWAK ...

Awak  ...
Awak sedar tak sekarang awak dah buang saya ???
Bukan dulu kew awak yang tergila gilakan saya ???
Dan bukan dulu kew saya yang tak suka awak ...Saya sedar semua salah saya ...
Sekarang saya nak balik kat awak tapi macam macam alasan awak bagi ...
Saya tak kisah awak pilih pelajaran ,masa depan awak ,keluarga awak untuk masa sekarang ...
Saya bolah tunggu awak sampai awak dapat master ...
Saya cuma nak kawan  dengan awak ...Saya nak jaga awak ...Saya nak  hanya saya dalam hati awak ...
Saya tak rela kongsi awak dengan  orang lain ..Awak sekarang saya sorang sorang ....
Tak ada sesiapa pun teman saya ...Saya menyesal buat awak dulu ...
Maafkan saya .....Ampunkan semua salah saya ...Saya dah sedar semua salah saya ...
Awak tak bolah maaf kan kew ???Besar sangat kew salah saya ???
Sampai hati awak cakap saya perempuan murahan ...
Awak .....Awak ....Awak sedar tak ???Awak cakap benda yang sama dengan ex bf saya dulu ...
Awak, saya tak macam tu ...Saya tak jahat sampai tahap tu ....
Yes cara saya berpakaian memang keterlaluan ...Awak dah banyak kali tegur saya ...
Tapi saya buat tak taw jew ...Tak akan sebab tu awak cakap saya perempuan murah ???
Awak marah sebab saya selalu terima barang dari lelaki lain diorang tu semua kawan saya ,abang angkat saya ...Awak diorang pun tahu saya sayang awak sorang ...Tak akan sebab tu awak cakap saya perempuan murah ??Saya tahu saya tak layak untuk awak ...Kita jauh beza tapi saya tak kisah semua tu ...Kenapa awak cakap kasar dengan saya ???Kenapa awak layan saya teruk sangat ????Saya akan tetap tunggu awak ...