CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sabtu, 30 Julai 2011

Andainya Lelaki Tahu..Apabila Seorang Perempuan Jatuh Cinta

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda

Ahad, 10 Julai 2011

I love the fact that you want to be with me and only me


Bila tengok gambarkan atas ini ,semua perempuan ini merasai saat ini .Jujurkan ?Mahu disayangi,dikasihi,dibelai .Itu semua fitrah semula jadi manusia .Saya pun tidak terkecuali .Siapa yang tak mahu diri dia disayangi atau dikasihi .

Semua orang perlukan kasih sayang ,manusia mana yang mampu hidup tanpa kasih sayang ?Saya rasa semua orang akan hilang sebahagian dari hidup mereka jika mereka hilang tempat untuk bermanja .Begitu juga dengan saya .Ramai lelaki yang ingin melabuhkan kasih sayang mereka kepada saya ,tetapi saya tak dapat terima entah sebab apa .

Benda yang berlalu harus dibiarkan berlalu ,usah kita ingat atau kenang .Tetapi mengapa saya tidak dapat berbuat demikian ?Macam orang cakap ,berkata itu mudah dari melakukan .Saya sudah hilang tempat bermanja ,berkongsi ,berbahagi dan lain lain .Dulu sewaktu dia ada saya selalu abaikan dia sekarang ?

Saya tak tahu macam mana untuk tahu samada lelaki itu ikhlas atau hanya main main dengan saya .Saya takut untuk jatuh ke dalam lubang yang dalam untuk kesekian kalinya .Saya rasa tak semua orang tahu sakit yang saya rasa .Sakit yang saya rasa bukan biasa biasa .Perempuan mana yang mahu diri dia dibuang selepas semua yang dia beri kepada kekasih hatinya ?

Mana ada perempuan yang mahu dirinya diceraikan ?Saya rasa tidak ada seorang pun yang mahu .Tetapi itu yang berlaku keatas diri saya .Saya dibuang begitu sahaja .Alasan yang cukup mudah ,sudah tidak serasi ,saya jumpa dengan orang yang lebih baik dari kamu .Bukankah sebelum kita bercinta ,awak mengatakan saya yang terbaik ,jiwa dan hati saya serasi bersama awak ?Apa semua ini ?Saya keliru ,adakah perempuan ini dilahirkan untuk menjadi mainan lelaki ?

Kakak saya cakap "Lelaki kalau umur dari 14 tahun hingga 19 tahun ,pemikiran mereka tidak matang dan selalu membuat keputusan yang terburu- buru .Saya tak tahu ,tidak semua lelaki samakan .Kakak ada juga tanya "mengapa adik kaple ?bukankah itu sangat menyakitkan jika setiap kali berlakunya pergaduhan ?perselisihan faham ?

Macam kawan saya cakap "Bila sesuatu itu ada didepan mata kita tak akan hargai sampai bila kita kehilangan ia baru kita akan hargai ."Betul cakap kawan saya itu ,itu yang berlaku kepada saya .Tetapi kalau lelaki itu benar sayangkan saya ,haruslah berkorban sedikit untuk saya .Cinta perlukan perngorbanan ,mengapa ingin bercinta jika tidak mahu berkorban ?

Saya kembali di masa dulu ,merasai kasih sayang dan belaian dari orang yang sayangkan saya .Seperti gambar diatas ,saya sangat rindukan saat seperti gambar di atas.Rasa sangat dihargai ,semua itu sukar diungkapkan dengan kata kata .

I just want happiness for a while .I want to feel what others feel when with the person they love .I want to be loved ,appreciated ,indugle,and other loved ones.I am a human being who needs love . I need an honest man,a good ,patient,intellingent,friendly,courteous to me.I request this is excessive ?Too much if I can not forget my old love ?Do not blame him in this case because this is all because of my own because i can not to forget him .I do not know why that makes me unable to forget him ,he was part of my life where I might remove him from my life after what we under went together .Excuse me for all this .I honestly say this is not a requirement of all me ,all this is difficult to control




Jumaat, 8 Julai 2011

Crazy Beautiful Life


Saya masih teringatkan  masa lalu ,saya berjalan dengan kawan baik saya yang paling saya sayang .Izzat mustaffa dia sangat bererti dalam hidup saya ,saya gembira dengan kehadiran dia dalam hidup saya .Dia bawa cahaya dan selalu arahkan supaya saya belajar rerajin sampai masuk U .

Dia banyak ajar saya macam macam .Dia tunjuk saya cara dan kehidupan orang yang susah kepada saya .Dia buat saya hargai apa yang saya ada sekarang ,dan dia ingatkan saya ada lagi orang yang lagi susah dari saya ,tetapi mereka tidak merungut seperti saya .Dia selalu tenangkan saya bila saya cemas .

Dia banyak sabar dengan saya ,kesabaran dia jauh berbeza berbanding dengan kesabarkan kawan saya yang lain .Dia tenang dalam apa jua keadaan .Saya jadi kajum dengan dia .Sifat peribadi dia yang sangat tertutup membuatkan sesiapa saja akan teruja untuk mengenali dia dengan lebih mendalam .

Setiap baca al-quran yang dibacanya sungguh sedap didengar .Azan yang dilaungkan olehnya bisa membuat hati sesiapa yang mendengarnya pasti tersentuh .Impiannya yang tinggi harus dikejar demi masa depan dia dan keluarganya ,dia tidak malu langsung memberitahu ke semua orang bawa dia anak kepada seorang yang menjual ikan dan seorang yang menjaga bayi .Baginya semua itu yang untuk sementara kerana dalam masa 10 tahun dari sekarang dia akan mengubah kehidupan keluarganya yang susah menjadi senang .

Kehidupanya terlalu berbeza dengan saya ,tapi saya tak peduli kerana itu hanya luarannya .Siapa pun kita di mata manusia tetapi kita sama di mata TUHAN yang membezakan kita ialah amal ibadat kita .Itu yang selalu dituturkan oleh dia .Dia terlalu kuat sehingga apa yang dia rasa hanya disimpan dalam hati dan hanya mengadu kepada tuhan .Sungguh dia tak sangguh untuk meluahkan kepada manusia kerana baginya itu hanya sekadar buang masa kerana tuhan ialah pendengar yang paling setia .

Sejahat mana pun dia di mata manusia dia cuba menjadi anak ,abang ,adik , pelajar ,kawan dan umat yang baik .Dia cuba menjaga semua hati bagaimana dengan hatinya ?dimana dia simpan hatinya yang hancur dengan kata kata orang yang menghina dia kerana tarafnya .Semua itu rahsia yang dia simpan kukuh dan rapat , saya langsung tak pernah mendengar dia merungut atas apa yang dihadapi dan jalani sepanjang hidupnya .Bahkan dia masih tersenyum dengan semua yang berlaki  walaupun dalam keadaan yang sempit dan tersepit .Dia menerapkan semua sifatnya kepada saya .

Tapi sayang dia tinggalkan saya atas sebab yang sangat rumit .Dia pergi untuk keluarganya .Semua ahli keluarganya bergantung kepada dia ,dia satu satunya anak lelaki dalam keluarganya .Semua ini bagai satu mimpi yang luar biasa mana mungkin dia cuba senangkan hati orang lain tetapi hatinya sendiri yang terluka .Saya harap dia berjaya ,saya sangat sayangkan dia .Semua kawan lelaki saya cemburukan dia kerana sampai sekarang saya masih sayangkan dia .Dia satu dalam sejuta ,tiada ada orang yang bisa mengambil tempatnya di hati saya .



Kami bahagia bila bersama tetapi dia tak sanggup untuk meneruskan semua ini kerana akan banyak hati yang terluka jika kami tetap bersama .Dia berusaha menjaga hati keluarganya dan keluarga saya .Baginya semua ini untuk kebaikan saya dan dia .Buat sementara waktu kami berpisah untuk berlari mencapai impian dan cita cita masing masing .Semua ini demi keluarga saya dan dia .Kami mahu yang terbaik untuk keluarga kami .Kerana mereka banyak berjasa dan berkorban untuk kami .

Jadi tidak ada salahnya kami membalas semua itu dengan jalan berpisah ini ,semoga ini dapat menjaga hati semua pihak .Kawan perempuan saya sering bertanya bagaimana pula dengan hati kami berdua ?Saya hanya mampu tersenyum dan berdoa supaya tuhan aturkan yang terbaik antara saya dan dia .

Apa yang saya dan dia lakukan ikhlas untuk mejaga hati semua pihak .Hati kami ?Biarkan TUHAN mengaturkan .Sesungguhnya apa yang tuhan aturkan itu yang terbaik kita sebagai manusia harus jalani .



Jumaat, 1 Julai 2011

Just A Little Bit Louder


Saya rasa nak menjerit saja saat ini .Saya rasa sungguh tertekan dengan pelbagai masalah yang membebankan saya pada saat ini .

  1. Saya terlampau malas untuk belajar lagi plus exam midyear kali ini saya dapat number 8 dalam kelas.
  2. Saya terganggu dengan kawan kawan yang lain .
  3. Saya tak faham subjek ADD MATH  & MATH.Plus saya gagal subjek ADD MATH untuk midexam.
  4. Saya masih ingatkan IZZAT MUSTAFFA.
Saya rasa itulah masalah saya buat masa sekarang ,saya terlalu rindukan izzat hingga terabai pelajaran saya .


Sorry untuk semua orang yang terasa dengan perubahan diri saya ini .Kebelakangan ini emosi saya kurang stabil dan terganggu saya akan cuba perbaiki semua ini secepat mungkin .