CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Isnin, 12 September 2011

pick a star on the dark horizon.

Hello kawan .Miss all of you .Sudah lamakan saya tak update blog ini ,semua sebab sibuk dengan puasa dan raya .Hari ini baru ada kesempatan nak menulis kat blog ini .Sepanjang saya tak menulis di blog ini banyak sangat yang saya nak kongsi dengan awak semua .Saya rindu dengan blog ini kerana saya rasa ini saja temapat yang selamat untuk saya luahkan apa yang saya rasa .Walaupun blog ini tak boleh balas apa yang saya tulis sekurang -kurangnya saya rasa lega bila selesai tulis di sini .

Puasa tahun ini merupakan puasa saya yang sebagai pelajar sekolah menengah jadi tak banyak beza dengan awak semua .Pergi terawih setiap malam ,memohon semua dosa -dosa saya yang terdahalu terhapus ,beri kecerdasaan minda dan lapangkan dada saya semasa ditimpa musibah .Ramadan ini merupakan ramadan terakhir saya kew ?Harap saya sempat bertemu dengan ramadan yang akan datang .

Raya pula sangat indah malah lebih indah kerana semua ahli keluarga saya pulang beraya bersama-sama .



Ini keluarga abang sofli 


Abg hardi bersama isteri tercinta 


Ini saya ,kak ct dengan kak atih 


Ini abg zaidi wawawa abg tempat bermanja .
Adik sayang abg ,janji dengan adik sayang adik juga taw ..


Ini saya grrrr.

Hurm baru baru ini sekolah saya ada buat sambutan hari raya dan merdeka .Saya gembira sangat nak sambut dengan kawan kawan baru saya .By the way ,saya ada suka dekat satu budak ini .Dia baik sangat ,sweet jew saya tengok dia .Wah nak tegur dekat sekolah memang tak berani tapi sekadar curi-curi tengok tuh adalah .Tak salahkan ?Hehe.Tapi tuhlah saya rasa macam dia sudah berpunnya .Hurm untunglah GF dia ,lagi satu dia macam tak layan perempuan sangat ,wah untung GF dia dapat BF tak layan perempuan .Saya pulak ?Sudah terang lagi bersuluh dia jadi hak milik orang lain tak akan saya nak rampas pulak ?Macam pentingkan diri sendiri pulak .Saya nak dia (macam dia tuh barang pulak )tapi dia already TAKEN .


Betullah dalam dunia ini banyak benda yang indah seperti dia ,rasa tenang bila tengok muka dia.
Muka dia  macam garang tapi bila senyum sweet jew .Makhluk tuhan paling sweet gelaran di beri kepada awak daripada saya .


Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu



Tapi saya tahu dia tak kenal saya dan mungkin dia tak tahu tentang kewujudan saya ,lawakkan macam mana saya boleh jatuh suka pada dia  padahal setiap text saya dia  tak pernah balas.


Dia lain dari yang lain ,satu dalam sejuta .Dia beza dengan orang lain ,begitu berbeza di hati saya .Saya tak tahu apa yang lainnya dia dari orang lain .Dia macam malu-malu ,pendiam ,nakal sikit .Bila jumpa dia tak tepi jalan saya nak sangat tengok muka dia dan senyum ,tapi segan dan malu membuat saya berlakon macam tak perasaan yang dia lalu dihadapan saya .Ruginya saya . :(


Sebab dia sudah berpunya .Sebab tu saya tak boleh beritahu dia yang saya suka dia .Tak akan saya nak rampas dia dari GF ,dia pun mesti saya GF dia .Tapi saya tetap suka dia diam-diam ,curi tengok dia dari jauh ,minat dia secara senyap- senyap .Bolehkan ?Tak salah pun rasanya asalkan saya tak rodohkan hubungan dia dengan GF dia .Saya tak nak dia sedih kalau dia putus dengan GF dia sebab saya .Saya tak mahu jadi punca permasalahan .Tidak mungkin saya nak rosakkan hubungan mereka untuk kepentingan diri saya .Saya bukan orang macam tuh .

NOTE :
Malam raya saya dapat banyak sangat text ucapan hari raya .Bayangkan EX-BF saya (izzat mustaffa) antar tetx minta maaf dan kenalkan saya dengan GF barunya ,hurm nak kata jeles tuh tak ,sebab semua ini tuhan sudah aturkan ,apa apa pun saya doakan hubungan awak berkekalan .AMIN.Dia minta untuk kami terus menjadi kawan ,saya dengan hati yang terbuka untuk menjadi kawan dia .Saya tak pernah marah awak jangan risau okey .Saya sudah tak ada perasaan dulu kat awak hanya sekadar kawan .

Syukur saya sudah berbaik dengan semua orang dan saya sudah minta maaf kepada semua kekawan saya ,saya mahu mulakan hidup baru selepas ini .Saya pun doakan untuk budak yang saya minat ini semoga bahagia .

Ikhlas dari SITI ZAHIDAH .



Tiada ulasan:

Catat Ulasan