CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Selasa, 28 Jun 2011

Tentang Perasaanku



Awak tahu hati saya masih milik awak .Walaupun kita sudah jauh beribu batu ,terpisah dalam kesibukan ,kesempitan ,kesesakan dan lain lain lagi.Tetapi percaya tak yang hati saya masih rindukan awak .Kasih sayang awak tak berhenti lagi saat ini untuk saya .Saya masih berharapkan awak masih milik saya .

Saya tak rela awak pergi dari hidup saya .Saya tak rela tengok awak berkawan dengan orng lain ,walaupun yang sekadar seorang kawan tetapi saya jujur saya tuturkan yang saya takut hati awak direbut oleh gadis lain .Saya tengok awak langsung tak pedulikan saya lagi sekarang .Saya sakit dengan semua perbuatan awak ini .

Betul cakap orang ,dulu saya beria-ria tolak awak dari hidup saya ,saya tak inginkan awak hadir dalam hidup saya .Tetapi saya terima juga awak ,rupa-rupanya awak memang yang terbaik untuk saya .Awak bawa sinar kebahagiaan dalam hidup saya .Saya jadi ketagih dengan cinta dan sayang awak .Awak hampir sempurna dimata saya .Tetapi saya menyesal sekarang kerana awak telah pergi jauh dari hidup saya ,bahkan sungguh mustahil untuk awak kembali dalam hidup saya .Ramai orang dan kawan kawan saya cakap mungkin awak sudah ada perganti saya ,tapi bukankan dulu awak cakap hanya saya PUTERI dalam hati awak .



Awak ,saya harap sangat awak tak cari perempuan lain .Saya betul-betul menyesal dengan perbuatan saya dulu .Kalau bisa saya ulang waktu ,saya harap sangat saya dapat bahagiakan awak bahkan pertahankan hubungan ini .Tetapi semua sudah terlambat ,saya sudah kesiangan .Awak sudah jauh dihadapan saya masih terkial –kial mencari jejak awak .Tabahnya hati awak tinggalkan saya ,lemahnya saya kerana masih mengharap kasih sayang awak untuk saya .

Kenangan kita yang dulu sungguh indah bahkan sungguh sukar untuk dilupakan ,semuanya terlalu manis dan indah untuk dilupakan .Saya bahagia meniti saat yang lalu bersama awak .Saat bersama awak seperti berlalu begitu cepat hingga kita sendiri rasa dibuai .Ramai lelaki yang cemburu dengan awak kerana sekarang saya masih cintakan awak ,mereka tertanya apa kehebatan awak sehingga hati saya masih terpaku dengan cinta awak .Semua tentanh awak masih kukuh di minda dan hati saya .Mustahil untuk saya lupakan .

Awak buatlah apa sahaja asalkan awak bahagia ,saya hanya mahu awak bahagia itu yang saya mahu .Kalau hidup awak masih kurang lengkap carilah saya untuk melengkapi hidup awak .Saya sanggup menunggu awak lima tahun dari sekarang ,tetapi kuatkah awak?.Saya yakin dengan cinta awak pada saya ,jujur kenapa saya masih rasakan kasih sayang awak mengalir kepada saya ,awak belum dapat lupakan saya ?awak masih ingat saya ?saya perlu jawapan awak .Saya perlukan kepastian untuk semua itu .Saya hanya mahu dihargai oleh awak .Saya rasa dihargai bersama awak .Jujur dengan lelaki lain saya tak rasa apa yang saya rasa bersama awak .Meraka tidak dapat gantikan awak ,awak terlalu berbeza dengan mereka .Awak satu dalam sejuta .Awak lain ,AWAK BUDAK SETAN KESAYANGAN SAYA .

Awak budak setan kesayang saya .Walau sejahat mana awak sekalipun saya tahu awak tetap sayangkan saya .Saya harap ini hanya perpisahan yang sementara waktu ,saya sanggup menunggu awak tetapi awak tahu tak sakitnya menunggu sesuatu yang belum pasti jadi milik kita .Saya sangguh tanggung kesakitan itu kerana dulu awak pernah dulu merasai semua kesakitan ini .Awak sakit dengan perangai dan sikap saya tetapi awak terus bertahan dengan saya ,langsung tidak jemu untuk melayan bahkan mendengar semua kata-kata dan permintaan saya .


Tiada ulasan:

Catat Ulasan