CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jumaat, 8 Julai 2011

Crazy Beautiful Life


Saya masih teringatkan  masa lalu ,saya berjalan dengan kawan baik saya yang paling saya sayang .Izzat mustaffa dia sangat bererti dalam hidup saya ,saya gembira dengan kehadiran dia dalam hidup saya .Dia bawa cahaya dan selalu arahkan supaya saya belajar rerajin sampai masuk U .

Dia banyak ajar saya macam macam .Dia tunjuk saya cara dan kehidupan orang yang susah kepada saya .Dia buat saya hargai apa yang saya ada sekarang ,dan dia ingatkan saya ada lagi orang yang lagi susah dari saya ,tetapi mereka tidak merungut seperti saya .Dia selalu tenangkan saya bila saya cemas .

Dia banyak sabar dengan saya ,kesabaran dia jauh berbeza berbanding dengan kesabarkan kawan saya yang lain .Dia tenang dalam apa jua keadaan .Saya jadi kajum dengan dia .Sifat peribadi dia yang sangat tertutup membuatkan sesiapa saja akan teruja untuk mengenali dia dengan lebih mendalam .

Setiap baca al-quran yang dibacanya sungguh sedap didengar .Azan yang dilaungkan olehnya bisa membuat hati sesiapa yang mendengarnya pasti tersentuh .Impiannya yang tinggi harus dikejar demi masa depan dia dan keluarganya ,dia tidak malu langsung memberitahu ke semua orang bawa dia anak kepada seorang yang menjual ikan dan seorang yang menjaga bayi .Baginya semua itu yang untuk sementara kerana dalam masa 10 tahun dari sekarang dia akan mengubah kehidupan keluarganya yang susah menjadi senang .

Kehidupanya terlalu berbeza dengan saya ,tapi saya tak peduli kerana itu hanya luarannya .Siapa pun kita di mata manusia tetapi kita sama di mata TUHAN yang membezakan kita ialah amal ibadat kita .Itu yang selalu dituturkan oleh dia .Dia terlalu kuat sehingga apa yang dia rasa hanya disimpan dalam hati dan hanya mengadu kepada tuhan .Sungguh dia tak sangguh untuk meluahkan kepada manusia kerana baginya itu hanya sekadar buang masa kerana tuhan ialah pendengar yang paling setia .

Sejahat mana pun dia di mata manusia dia cuba menjadi anak ,abang ,adik , pelajar ,kawan dan umat yang baik .Dia cuba menjaga semua hati bagaimana dengan hatinya ?dimana dia simpan hatinya yang hancur dengan kata kata orang yang menghina dia kerana tarafnya .Semua itu rahsia yang dia simpan kukuh dan rapat , saya langsung tak pernah mendengar dia merungut atas apa yang dihadapi dan jalani sepanjang hidupnya .Bahkan dia masih tersenyum dengan semua yang berlaki  walaupun dalam keadaan yang sempit dan tersepit .Dia menerapkan semua sifatnya kepada saya .

Tapi sayang dia tinggalkan saya atas sebab yang sangat rumit .Dia pergi untuk keluarganya .Semua ahli keluarganya bergantung kepada dia ,dia satu satunya anak lelaki dalam keluarganya .Semua ini bagai satu mimpi yang luar biasa mana mungkin dia cuba senangkan hati orang lain tetapi hatinya sendiri yang terluka .Saya harap dia berjaya ,saya sangat sayangkan dia .Semua kawan lelaki saya cemburukan dia kerana sampai sekarang saya masih sayangkan dia .Dia satu dalam sejuta ,tiada ada orang yang bisa mengambil tempatnya di hati saya .



Kami bahagia bila bersama tetapi dia tak sanggup untuk meneruskan semua ini kerana akan banyak hati yang terluka jika kami tetap bersama .Dia berusaha menjaga hati keluarganya dan keluarga saya .Baginya semua ini untuk kebaikan saya dan dia .Buat sementara waktu kami berpisah untuk berlari mencapai impian dan cita cita masing masing .Semua ini demi keluarga saya dan dia .Kami mahu yang terbaik untuk keluarga kami .Kerana mereka banyak berjasa dan berkorban untuk kami .

Jadi tidak ada salahnya kami membalas semua itu dengan jalan berpisah ini ,semoga ini dapat menjaga hati semua pihak .Kawan perempuan saya sering bertanya bagaimana pula dengan hati kami berdua ?Saya hanya mampu tersenyum dan berdoa supaya tuhan aturkan yang terbaik antara saya dan dia .

Apa yang saya dan dia lakukan ikhlas untuk mejaga hati semua pihak .Hati kami ?Biarkan TUHAN mengaturkan .Sesungguhnya apa yang tuhan aturkan itu yang terbaik kita sebagai manusia harus jalani .



Tiada ulasan:

Catat Ulasan