CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Khamis, 4 Ogos 2011

Back from holidays


Hello kawan -kawan .Entri kali ini saya nak tulis tentang trip saya ke Kuala Lumpur selama 3 hari 2 malam.Kami semua berkumpul di Anjung Mutiara , SMK Syed Mohammad Al-Bukhary .Beg semua pelajar di periksa sebelum bertolak ke Kuala Lumpur .Saya terpaksa tukar seluar saya kerana nampak ketat ,tetapi bukan saya seorang ada lagi berapa orang kawan saya yang senasib dengan saya ,kesian kami dipermalukan dihadapan orang ramai .Kami bertolak dalam pukul 10.30 .Kami terus menuju ke Muzium Telekom di Kuala Lumpur untuk tidur di sana .

Disana kami dijemput oleh kaki tangan Telekom dengan baik .Mereka memberi sedikit ceramah dan nasihat untuk kami supaya berhati hati semasa berada di sana .Kami diberi masa untuk membersihkan diri dan merahtkan diri untuk seketika .Selepas tu kami diminta turun untuk makan malam .

Kami di bawa semula ke tempat yang kami tiba tadi untuk mendengar ceramah dan membuat aktiviti .Selepas itu mereka mengurung kami pelajar perempuan dalam bilik tu yang ada patung-patung lama dan barang-barang lama. Kami semua sangat ketakutan .Selepas itu kami lari keluar menuju ke bilik untuk tidur .Semua orang kelihatan ketakutan dan tidur awal untuk menghilangkan perasaan takut .

Pagi tu saya bangun awal untuk membersihkan diri dan mengemas barang untuk bertolak ke homestay .Sebelum itu kami mengemas semula bilik yang telah kami gunakan dan bersarapan sekejap .Seterusnya kami menunggu bas untuk menyimpan barang kami .Selepas itu kami berjalan kaki mendaki Bukit Nanas untuk ke Menara Telekom .Ini saya ada masukkan gambar-gambar kami di Menara Telekom .









Selepas itu kami bertolak ke tempat untuk menyalin baju untuk ke KUIZ yang terletak di Mines .





Ini semua lepas kami menyalin pakaian kami untuk ke Kuiz tersebut ,malangnya sekolah kami kalah tetapi tidak mengapa sekurang -kurangnya kami dapat pengalaman, yang berguna dan memberi dorangan untuk kami terus berusaha pada masa hadapan .Tetapi lihatlah saya sibuk mengambil gambar ketika kuiz sedang berjalan .





Ini gambar saya di Shopping Mines ,selepas tamat kuiz kami diberi masa untuk bersiar- siar .






Sebelah malam pula kami di bawa ke Icity Shah Alam .Tempat ini sesuai untuk orang yang suka mengambil gambar kerana tempat ini mempunyai memandangan yang indah dan cantik pada waktu malam .





Jangan tak tahu di Icity ada rumah sejuk .Rumah ini betul betul sejuk .Sesuailah untuk kita yang tak mampu untuk pergi melancong ke luar negara .Harga untuk masuk rumah ini dibayar oleh pihak sekolah kami .Baju sejuk mereka telah sediakan kita hanya perlu membawa sarung tangan dan pakai kasut yang sesuai .


PWTC ,sana ini saya berada di Dewan yang besar untuk melihat kuiz peringkat akhir dan selepas tamat kuiz tu ,kami diberi makan dan menyalin pakaian untuk bertolak pulang ke Kedah .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan