CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jumaat, 19 Ogos 2011

what should i say ?

Hari ini saya sudah buat keputusan yang paling besar dalam hidup saya .Saya pilih untuk bersendirian dari disayangi oleh mana mana lelaki pun .Kerana apa saya mahu bebas bernafas .Saya mahu menjaga hati dan perasaan keluarga saya ,mungkin saya sudah banyak menyakiti hati mereka dengan perangai saya yang kerterlaluan  .

Sudah masa untuk saya serius menjalani kehidupan saya .Selama ini saya banyak bermain dengan benda yang mengarut dan merapu.Bila difikirkan saya rasa macam bodoh menjadi hamba kepada sesuatu yang tak masuk dek akal .Saya nak luangkan masa saya dengan kekawan saya ,keluarga saya .Bukan dengan lelaki yang ingin saya gelarkan mereka dengan perkataan "BOYFRIEND".Saya hanya mahu berkawan .Saya macam sudah trauma dengan semua ini .

Maaflah kepada semua lelaki yang saya sakiti hati mereka ,jujur saya tak berniat nak sakiti hati awak semua tapi saya sudah tidak sanggup untuk jalani semua ini .Saya lebih memilih untuk  bersendirian ,mungkin ini ynag terbaik untuk saya tapi bukan untuk awak semuakan ,mesti awak semua sakit dengan keputusan saya ini tetapi saya harap awak semua terima dengan hati yang ikhlas .Kalau awak semua sayangkan saya awak semua kena hormat dengan keputusan saya .Mungkin ini yang terbaik untuk kita jalani .

Kalau kita sayangi orang tu tak semestinya kita milik dia ,cukup dengan kita biarkan dia pilih jalan yang terbaik untuk dirinya sendiri .Kita sepatutnya hormat dengan keputusan dia .Jangan persoalankan tentang apa yang dia putuskan .Biarkan dia bersendirian .Saya nak bersendirian tolong pergi jauh dari hidup saya ,saya tak mahu ada perselisihan faham dalam keluarga saya .Saya harap awak semua faham saya nak bersama dengan kekawan dan keluarga saya .Harap awak semua faham dengan semua ini.Jangan ganggu saya lagi .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan