CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jumaat, 27 Mei 2011

YANG BERNAMA IBU


Tahun ini genap umur saya 16 tahun .Bermakna 16 tahun juga saya sudah hidup di muka bumi ALLAH ini .Maka 16 tahun juga Mak menjaga saya dari kecil hingga sekarang saya meningkat menjadi remaja .

Hari ini hari ibu .Saya tidak ada idea untuk memberi apa apa hadiah untuk mak saya .Saya pening memikirkan apa yang sepatutnya saya hadiah kepada ibu saya .Kebetulan pula hari ibu tahun ini jatuh pada 9.5.2011 hari Isnin .Mak saya berpuasa sunat maka saya ,hanya membuat lemping untuk mak saya berbuka puasa .Itu salah satu makanan kegemaran mak saya .

Ini gambar saya bersama mak saya memakai baju raya kami .Pada hari raya puasa tahun 2010 



Cuti akhir tahun 2010 selepas saya selesai menduduki PMR mak saya membawa saya ke Kuala Lumpur sebagai ole-ole untuk saya selepas bertungkus –lumus untuk PMR .(Ini gambar saya dengan mak saya di i-city)

Ini gambar saya bersama penulis kegemaran saya itu AINMAISARA bersama Mak saya .


DI PWTC sewaktu Pesta Buku Antarabangsa 2011

Ini gambar saya bersama mak untuk tahun 2011

Akhirkata kita sebagai anak harus ingat akan semua jasa jasa ibu kita kepada kita ,yang sangat besar .Mungkin ibu kita tidak minta apa apa dari kita ,cukuplah dengan mendoakan untuk kebaikan ibu kita sepanjang semasa .Sesungguhnya doa itu ialah hadiah yang paling bermakna untuk ibu kita .


Tiada ulasan:

Catat Ulasan