CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Isnin, 11 April 2011


Awak.Jujur saya katakan hati saya amat merindui awak .Saya tak tahu kenapa ,saya tak kuat nak hadapi semua ini .Awak banyak membawa erti kepada saya .Awak melengkapi sebahagia dari hidup saya .Macam mana saya nak lupakan semua itu ?Semua ini membunuh saya dalam diam .Awak sampai hati awak buat saya macam ini .Awak sanggup tengok saya menangis macam ini ?Awak , saya tak tahu apa patut saya buat sekarang .Saya nak awak balik .Baru saya sedar bertapa bermaknanya awak dalam hidup saya, kenapa sekarang baru saya sedar semua itu ?Kenapa tak dulu ?Kenapa bila saat saya sedar awak pergi ?Kenapa??Saya perlu jawapan awak sekarang .

Saya tak pernah berhenti mencintai awak ,saya cuma berhenti menunjukkannya kepada awak .Awak saya menyesal dengan semua ini .Saya tak akan ulang kesalahan saya kepada awak buat kali kedua .Beri saya peluang ,saya nak betulkan semua ini.Awak sedar tak kita sangat serasi bersama .Awak , saya sanggup buat apa sahaja untuk awak .Awak beri saya peluang nak tunjukkan rasa cinta saya untuk awak .

Kenapa awak pergi saat saya cintakan awak ?Awak dah tak tahan nak tunggu saya kew ?Awak saya tak tahu nak cakap macam mana lagi dengan awak .Semua ini terlalu berat untuk saya .Saya tak kuat nak hadapi semua ini tanpa awak disisi saya .Kalau dulu awak sumber kebahagiaan saya tapi sekrang tidak lagi saya tak bahagia dengan permergiaan awak , malahan saya terseksa dengan semua ini .Apa saya buat saya akan selalu ingat pada awak .Saya tahu saya banyak sakiti hati awak tapi saya tak sengaja saya minta maaf sekarang semua itu di balas dengan air mata saya .Saya menderita dengan semua ini .

Untuk yang terakhir kalinya ,saya nak awak dengar permintaan hati saya ,sungguh saya mahu awak balik kepada saya .Saya tak pernah benci ,marah ,dendam dengan awak .Apa yang awak buat dekat saya setimpal dengan apa yang saya buat dekat awak dulu .Macam awak cakap “What you give ,You get back”.Kalau awak balik kepada saya ,saya janji saya berubah demi kebaikan kita berdua .”I do everything as long i get you back”,awak baliklah .

Awak selalu cakap awak budak setan , tapi saya tak kisah sebab itu bukan awak .Awak buat semua itu bersebab .Awak , saya tak pernah menyesal berjumpa dengan awak dulu .Saya rasa itu saat yang paling bahagia dan bermakna .Awak terlalu sempurna untuk saya .Awak jadi kegilaan kekawan saya ,ramai yang goda awak tapi awak tetap dengan saya ,saya kagum sangat .Tapi saat itu saya masih buta sebab masih berharapkan ex –bf saya yang sudah bertunang dengan kawan baik saya sendiri tapi awak tetapi teguh di sisi saya .Awak langsung tak goyang  apabila saya bercakap dengan kawan lelaki saya yang lain sebab awak tahu saya layan mereka biasa biasa tak macam saya layan awak .

Setiap hari saya menanti panggilan dari awak walaupun saya tahu itu semua sia – sia tapi tak salahkan saya menunggu awak ? Ramai kawan saya cakap sakit bila kita tunggu sesuatu yang belum pasti akan jadi milik kita satu hari nanti ,betul apa yang mereka cakap tapi saya tak kisah untuk tunggu awak .Satu hari nanti pasti yang terbaik akan terjadi untuk kita berdua .Saya yakin ,awak saya sentiasa berdoa untuk kita berdua ,doa saya sentiasa bersama awak .Saya akan buat apa sahaja asalkan awak bahagia ,saya tak nak awak sakit lagi .Saya tak pernah salahkan awak atas apa yang berlaku diantara kita .Saya anggap ini semua takdir yang telah tertulis .Saya reda dan saya harap setiap setitis air mata saya akan berganti dengan senyum bahagia di sisi awak .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan