CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Rabu, 6 April 2011

Tentang Dirimu

Hey semua kekawan saya. Miss all of you so much. Hari ini tak seperti hari hari semalam , pagi tadi cikgu ada pilih 20 orang dari setiap unit uniform untuk sesi bergambar bagi majalah sekolah untuk sesi 2012 dan teka saya salah seorang dari pelajar yang dipilih. Bila habis bergambar itu saya terus teringat awak , sebab awakkan selalu jadi cover majalah sekolah awak . Lagipun awakkan aktif dekat sekolah awak tak hairanlah boleh kata semua helaian dalam majalah sekolah awak itu penuh dengan muka awak .Bila diingatkan balik semua ini kelakar .Tapi saya masih tak boleh tersenyum seperti dahulu .Senyum saya sekarang penuh dengan kepalsuaan .Awak exam kali ini saya dapat number 7 dalam kelas ,semua orang gembira tapi saya ?.Saya pun gembira tapi dalam sedih awak tahukan kejayaan saya tak bermakna kalau awak tak turut serta .Awak mesti gembira bila tahu berita inikan .Saya tak sepandai awak yang selalu dapat top 5 .Tapi saya akan cuba apa sahaja untuk setanding dengan awak .

Awak hari khamis malam jumaat ini sekolah saya ada buat qiamullail.Saya jadi teringat dekat awak .Saya tahu awak selalu buat qiamullail .Awak memang ada ciri ciri anak yang soleh,baik,taat .Tak hairanlah semua kekawan awak sayang awak .Saya selalu tanya awak buat apa kalau awak qiamullail ?Awak selalu jawab "baca al-quran,sembahyang,zikir"saya jadi pelik dan hairan dengan awak .Awak berbeza dengan budak lelaki lain yang sebaya dengan kita .Itu istimewanya awak di mata saya .

Tadi saya baru habis tengok cerita asmara .Cerita kesukaan awakkan ?Dulu saya tak suka cerita itu .Tapi awak paksa suruh saya tengok dan awak selalu cerita dekat saya bila awak call saya .Betul cakap awak asmara itu baik sangat .Nice just like you dear .Tapi semua itu lakonan sahaja .Tapi bagi saya awaklah asmara saya yang wujud didunia ini .Awak baik ,caring ,sweet,bertanggungjawab,dan lain lain .Awak ,saya rasakan cinta kita macam cerita asmara .Kita tiru diorang atau diorang tiru kita ?Awak tahu tak asmara bahagia dengan isteri baru dia "MELATI", dia dah lupakan "ZAHILA".Agak -agak awak pun dah bahagia dengan girlfriend baru awakkan .

Petang tadi mak buat lemping .Bila saya tengok lemping itu saya teringat awak .Awakkan suka makan lemping itu .Boleh kata setiap kali cuti awak balik rumah mesti awak buat lempingkan ?Kalau mak awak tak buatkan untuk awak ,awak masuk dapur dan buat sendiri .Bila dah siap awak makan kemudian mak awak bebel dekat awak sebab awak sepakkan barang dan tak simpan balik bila dah habis guna .Awak selalu buat peka bila mak awak bebel .Macam tak ada apa yang berlaku.

Hurm tadi saya ada susun baju dalam almari bilik saya .Saya ternampak baju baju yang saya pernah pakai bila saya jumpa awak .Dan satu baju yang sangat istimewa iaitu baju yang kita beli sama corak .Saya sayang sangat baju itu .Saya punye warna hitam awak pulak warna putih .Bila diingat balik semua itu buat saya sedih jew .Tapi saya tak kisah sebab saya sayang awak.Itu jew kan satu satunya kenang kita .


Awak bila saya tengok bola ,baju bola, kasut bola semua tentang bola saya ingat awak yang suka main bola .Awak gila sangat dengan bola awak .Sampai sanggup sakit satu badan,berlatih tengah tengah panas ,semua untuk bola saya selalu marah awakkan ? Tapi awak buat pekak badak .Saya ingat lagi kasut bola awak yang warna pink .Luculah awak pilih kasut bola warna pink .Macam manalah rupa awak bila main bola pakai kasut bola warna pink.


Sekarang semua budak perempuan dekat sekolah baru saya suka korean .Ya allah sabar jewlah .Sama jew dengan awak yang suka sangat pelakon perempuan n pelakon lelaki yang mata sepet itu .Awak suka tengok cerita korean then suruh saya tengok ish tolonglah saya tak layan cerita macam itu ,tapi untuk awak saya tengok jew lah siap hafal jalan cerita supaya awak tak kecil hati .Awak pun pernah nyanyi lagu korean dekat saya tapi sorry saya tak faham maksud lagu itu tapi awak menyanyi dengan sepenuh hati awak untuk saya .


Erm terus terang banyak sangat benda yang ada di sekeliling saya , buat saya ingat awak .Macam mana saya nak teruskan hidup saya tanpa awak? Macam mana saya nak kejar cita cita saya bila semua cita cita saya ada kaitan dengan awak?Macam mana saya nak hidup sedangkan dulu saya hidup semata mata untuk awak dan family saya ?Macam mana saya nak capai impian saya sedangkan impian saya ialah bersama awak ?Macam mana saya nak belajar sedangkan awak yang selalu ajar saya ?Macam mana yang nak senyum bila awak yang selalu buat saya tersenyum?Macam mana saya nak senang hati sedangkan saya tak tahu bagaimana keadaan awak sekarang ? Persoalan demi persoalan yang datang dalam minda saya .Saya perlu jawapannya .


Andai cinta itu bukan milik ku..aku relakan engkau pergi 
Namun , jika engkau sememangnya sudah ditakdirkan untuk ku ...
Jangan biarkan aku ditinggal sepi !



Tiada ulasan:

Catat Ulasan