CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Khamis, 28 April 2011

He`s Mine Too!!

Awak .Saya bahagia sangat hari ini .Saya tak tahu sebab apa .Terus terang setiap kali saya melihat muka awak ,hati saya berbunga riang.Tetapi pada 27/4/2011, saya jadi malu ,segan  untuk menatap muka awak .Sedangkan saat itu awak datang dekat dengan saya .Awak menegur saya dengan sopan tapi tanpa saya menjemput awak ,awak sendiri duduk dihadapan saya .Saya jadi malu dengan  situasi itu.Pada pagi 27/4/2011,sesampainya saya disekolah saya berjalan menuju ke kelas saya ,saya ternampak awak bersama kawan awak lalu dihadapan kelas 4PD .Saya sudah dapat menjangka yang awak akan datang berjumpa dengan saya di kelas .

Setibanya saya di kelas sudah ramai kawan kelas saya sudah sampai ,tidak kira perempuan dan lelaki .Saya duduk ditempat saya ,tetiba awak datang di pintu belakang , ditempat duduk saya meminta saya keluar kerana ada sesuatu yang awak ingin katakan .Saya mengikut kata kata awak, lalu bangun pergi berjumpa dengan awak dipintu belakang disaksikan oleh banyak mata mata yang memerhatikan gerak geri kita berdua .Tetapi sewaktu itu saya tidak peduli .Awak berkata”Nanti waktu rehat kita jumpa sekejap okey ?”Saya menjawab “Hurm ada apa lagi ?”Awak membalas .”Saja ,nanti rehatlah “Saya membalas “Okeylah “saya terus berlalu tak tahan berdiri lebih lama di sisi awak tanpa melihat muka awak sedangkan hati saya meronta –ronta ingin melihat muka awak .Saya tahu agak lama awak berdiri diluar kelas saya ditepi tingkap kelas tempat duduk saya .

Saya berdebar-debar menunggu waktu rehat .Bila loceng sekolah berbunyi itu menunjukkan waktu rehat sudah tiba .Saya jadi takut ingin berjumpa awak .Ain dan Aainaa mengajak saya ke kafe sekolah buat seketika tetapi saya jadi serba salah memilih antara awak ataupun kawan saya .Tetapi bila dikenang saya memilih Ain dan Aainaa kawan baik saya .Saya terbuka hati memilih mereka berdua dan kami mula berjalan di tengah jalan saya diperli oleh Kimie.Sungguh saya amat membenci dia tanpa sebab yang kukuh .Tetapi saya tidak menunjukkannya .Hilang terus semangat saya ,saya terus meleraikan tangan saya yang di pegang oleh Ain ,lalu berpatah baik ke kelas menemani Ruhul yang berada di kelas .Saya berbual dengan Ruhul sementara menunggu awak datang ,saya sudah pasti Ain dan Aainaa berkecil hati dengan saya .Masa terus berlalu ,awak datang melihat saya dari kejauhan ,saya rasa sangat gementar ,saat itu saya tidak berasa apa apa saat melihat muka awak .Waktu rehat tamat awak berlalu pergi saya tahu awak ingin berjumpa saya tetapi disebabkan ramai kawan saya bersama saya , awak membatalkan hajat awak .

Selepas waktu rehat ,saya belajar seperti biasa .Ada mulut mulut nakal yang keluar dari bibir budak lelaki kelas saya mengatakan awak memakai minyak dagu sebab itu ramai yang tergila gilakan awak .Saya dan kawan kawan saya tergelak mendengar kata kata tersebut ,entah mengapa saya jadi tidak percaya dengan kata kata mereka .

Saat yang ditunggu oleh semua pelajar datang jua iaitu waktu pulang ,saya berjalan bersama sama kawan saya menuju ke Anjung Mutiara .Saya melihat awak dari kejauhaan ,tetapi tidak berharapkan apa apa .Saya meletak beg sambil mengunggu kedatangan mak saya untuk menjemput saya pulang .Saya melihat kawan saya pulang meninggalkan saya bersendiriaan .Saya duduk bersila dekat dengan beg saya .Saya menunduk kepala ke lantai kerana saya melihat awak berdiri dihadap saya tetapi pada jarak yang jauh saya melihat kaki awak mengorak langkah menunjuk ke arah saya .Saya menangkat kepala saya melihat awak yang berdiri di hadapan saya ,lalu tertiba awak duduk dihadapan saya ,kita berbual tentang perkara yang sudah selesai .Lalu awak bangun dan berlalu pergi .

Saya melihat awak berjalan keluar dan duduk di pintu pagar bersama budak lelaki lain ,saat itu saya hampa tetapi saat itu juga hati saya tidak gembira seperti selalu.Entahlah mungkin akibat saya terlalu penat hingga perasaan saya beku saat itu .Kawan saya dari kelas lain mengusik saya dengan kata kata nakal mereka dan saya hanya mampu membalas dengan senyum saya .Mak saya datang akhirnya juga ,saya berjalan menunjuk ke arah kereta mak saya ,tetapi saya tahu mata awak melekat pada gerak saya yang sedang diatur ke arah kereta .

Hari ini pula, saya datang ke sekolah denga hati yang gembira entah mengapa .Sebab yang tak pasti dan tak boleh di jelaskan .Semua itu terlalu sukar untuk di tulis dalam kata kata .Sukar disusun oleh saya dan mungkin juga sukar untuk difahamkan oleh awak semua .

Sewaktu dimakmal biologi ,saya melirik ke arah kelas awak ,tanpa di sangka saya melihat awak diluar kelas memerhatikan saya .Saya tak pasti berapa lama awak melihat saya dari kejauhan .Saya jadi malu .Awak tersenyum ,sumpah saya sangat gembira melihat senyum yang berukir dibibir awak .Saya tahu ada orang lain yang curi pandang ke arah awak. Fazira dan Izzati berkata ada orang tengok anglah zahidah dari kelas 4SN .Saya pasti orang tersebut adalah awak ,lama awak berdiri di luar kelas awak .Saya hanya berani mencuri pandang ke arah awak secara diam diam takut ada mata mata yang memerhatikan saya saat itu .Cikgu sains saya sudah masuk ke kelas saya sangka awak akan masuk ke kelas awak tetapi awak tetap berdiri diluar kelas seperti Tugu Negara .Saya belajar seperti biasa tetapi ada sedikit gangguan dari mata awak yang tajam memerhatikan saya dari jauh .Saya rasa bahagia saat itu kerana awak memerhati saya ,saya berharap dengan mata awak yang melekat pada saya akan menumbuhkan rasa sayang dihati awak .Saat Cikgu Sains saya mengarah semua pelajar di tepi tingkap menarik langsir kerana ingin membuka PC ,saya dengan berat hati menarik langsir tersebut di saat akhir saya hanya mampu memberi senyum kepada awak ,dan awak sekadar membalas dengan senyum dan anggukan kepala kepada saya .Dibalik langsir itu saya masih dapat melihat awak masih berdiri di situ dan awak bergerak masuk ke kelas awak .Setelah selesai penerangan dari Cikgu Sains saya ,saya membuka langsir seperti jodoh awak sudah berdiri diluar kelas dan tersenyum manis ke arah saya .Saya jadi tersipu sipu malu .Waktu itu ,loceng akan berbunyi dalam 5 saat lagi .Saya melihat awak berlari ke arah tangga turun , awak berjalan ke arah tingkap saya yang duduk dan merapatkan diri awak dengan tingkap lalu  mengucapkan “selamat rehat sayang “.Saya terkejut saat itu .Saya rasa saya salah dengar ucapan awak itu,tak sangka Fazira dan Izzati pun mendengar ucapan awak tapi saya pasti mereka tidak mendengar dengan jelas .Saya berjalan jalan dengan Aainaa ke kelas saya, 4 AK untuk mencari Buku Akaun Aainaa.Saya tersempak dengan awak di Dewan saat itu awak sedang leka melihat persembahan .Saya dang Aainaa berjalan pulang ke Makmal Biologi untuk berehat bersama kawan kami yang lain ,saya tahu awak mengikut saya dari belakang .Kami sampai di hadapi Makmal Biologi ,awak pergi kearah lain .Saya bersembang dengan kawan saya yang lain , tertiba awak lalu dihadapan kami semua saat itu sungguh jantung saya seperti berhenti bergerak .Awak terus berjalan saya tahu awak tersenyum kerana dapat melihat wajah saya yang terkejut saat itu .Saya tahu awak ke Dewan .Izzati dan Fazira mengajak kami semua ke Dewan untuk melihat pertandingan nyanyian tersebut .Di sana saya terjumpa awak dan mereka berkata awak memerhati saya sungguh saya rasa jantung saya seperti sudah jatuh dan terkeluar dari tempatnya .Waktu rehat tamat ,awak pulang ke kelas ,manakala saya dan semua pelajar kelas kami duduk di Dewan sehingga 4 waktu iaitu dua Waktu untuk BM dan dua Waktu untuk Akaun .Saya penat berdiri di luar Dewan sudahlah panas dan tidak ada angin saya seperti mahu pengsan saat itu ,saat Atiqah melangkah untuk duduk di kelas kami saya mengikut dari belakang saya duduk betul betul dibawah kipas ,syukurlah saya tidak rebah menyembah lantai di luar Dewan .Saya lupa untuk mengambil ubat saya sewaktu rehat tadi itulah akibatnya .Setelah semuanya selesai .Kami semua berundur ke Makmal Biologi untuk Subjek Sivik dan kami dikehendaki untuk berkebun di Taman Keladi.Saya dan kawan saya yang tidak memakai baju sukan bersungguh sungguh membuat kerja kerja tersebut kerana tidak mahu dikatakan pemalas dan tidak pandai membuat kerja .Saya tahu awak keluar dan memerhatikan saya ,saat itu saya fokus membuat kerja tidak lagi peduli mata awak yang tajam memerhatikan saya yang berada di bawah .Hanif memerli saya dengan mengatakan “Zahidah ,hang buat kerja tak banyak mana tapi minum air banyak ,tengok semua lelaki tengok hang “Saya malas untuk membalas kata kata dia ,saya hanya membiarkan kata katanya berlalu dibawa angin lalu .Saya melihat awak memgengam tangan awak dan saat itu muka awak merah padam saya tidak tahu sebab apa, saya hanya membalas dengan senyum dan tangan awak mula terlerai dan muka awak tidak lagi merah .Setelah selesai semua itu kami masuk ke dalam Makmal dan berehat menanti waktu pulang ,loceng berbunyi awak keluar dari kelas berjalan ke tangga dan menuju ke Anjung Mutiara saya melihat awak dari jauh ,awak meletak beg awak dan ke Kafe membeli air dan jalan ke meja yang ada dihadapan makmal dan duduk di tempat duduk saya sewaktu rehat tadi .Saya terpanah awak duduk ditempat saya tadi .Lama juga awak duduk di situ kemudian awak bangun menuju ke Kafe semula dan berjumpa dengan kawan awak dan hilang dari pandangan saya .Kemudian awak muncul semula dan duduk di tepi beg awak menunggu ibubapa awak.Mak saya sudah datang lalu saya mengambil beg dan berjalan ke kereta. saya melihat awak dan mata kita berpaut saya pergi dari pandangan mata awak. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan