CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Rabu, 20 April 2011

Thank You For Coming Into My Life


Hari ini merupakan hati yang paling teruk untuk saya .Saya betul betul hilang arah dalam hidup .Saya baru habis mengingati semua pesanan ringkas yang awak hantar kepada saya sepanjang bulan ini.Saya tahu awak tak akan melupakan kekasih lama awak yang awak sangat sayang .Seperti tiada ada orang yang layak untuk mengantikan  tempat kekasih lama awak di hati awak .Seperti didalam tubuh awak mengalir darah kekasih lama awak .Mungkin sebab itu awak begitu sukar untuk melupakannya .Saya sedih saat mengingati hakikat yang sebenarnya ,hakikat yang tak dapat diubah .Semua itu terlalu kukuh didalam kotak minda awak yang sukar untuk dibuang .Saya tak tahu macam mana nak dapatkan hati awak .Hati awak terlalu sukar untuk dilembutkan .Bahkan sampai satu tahap saya sudah patah harapan .Awak menutup hati awak ,fikiran awak dan segala-galanya dengan utuh sehingga tidak ada satu pun yang terbuka untuk saya masuk .


Awak tahu semua ini buat hidup saya seolah - olah berhenti .Seperti dunia ini berhenti berputar .Tapi apa boleh saya buat .Semua ini takdir yang tak dapat diubah malahan tak dapat dinafikan .Cinta awak terlalu kuat untuk kekasih lama awak sehinggakan itu membunuh saya secara diam .Tetapi saya kagum dengan awak ,walaupun sudah putus awak masti sayang ,ingat ,cintakan kekasih lama awak seperti dulu .Alangkah bagusnya jika ADAM kekasih lama saya seperti awak ,tetapi itu tak mungkin berlaku .Awak dengan dia dua orang yang berbeza mana mungkin dia jadi seperti awak .Walau apa apa pun ADAM bahagia disamping orang yang dia sayang,dulu saya tak boleh lepaskan dia ,tetapi saya mahu dia bahagia jadi saya relakan .Dan sekarang saya sudah melupakan dia sepenuhnya .


Gambar diatas ini ingatkan saya kepada IZZAT kawan baik saya.Dia sangat mencintai saya .Tetapi saya tak sempat balas cinta dia kerana saya terlalu mengharapkan kekasih lama saya iaitu ADAM .Semua itu sia - sia tidak mendatangkan apa apa faedah untuk saya .Saat saya terjatuh dah tak mampu untuk bangun .IZZAT yang banyak teman saya ,bantu saya , bimbing saya .Tapi semua itu berlalu pergi seperti di tiup angin lalu .Semua itu bagi mimpi yang langsung tak logik .Saya rasa baru semalam saya bergurau senda dengan dia .Tetapi dia telah pergi ,semua kerana keluarganya .Tiba masanya dia bersungguh -sungguh untuk masa depan keluarganya ,masa depannya .Saya tak boleh terima itu dengan mudah .Bayangkan pada 15/10/2010 kali pertama kami berjumpa ,mengenal diri sendiri ,bertukar fikiran ,pendapat,minat ,kegemaran dan lain lain.Banyak keserasian antara kami berdua .Saya sangat bahagia kerana mungkin dia yang akan menganti tempat ADAM .148 hari kita berhubung seperti orang bercinta .Semua itu terlalu indah untuk dikenang bahkan terlalu sukar untuk dilupakan .Tetapi kegembiraan kam tak berpanjangan .Seperti tidak ada jodoh antara kami ,seperti perjumpaan kami  yang pada mulanya dulu satu kesilapan yang sepatutnya tidak berlaku .Tetapi saya telah terjatuh malah bukan jatuh sebarang jatuh ,jatuh seperti tersungkur dan dihempap batu yang menghancurkan badan saya secara perlahan tetapi menyakitkan.Ini kerana begitu mudah awak katakan saya perempuan murahan yang mengharap kasih orang yang tak sudi.Saya rasa semua itu terlalu pahit yang ditelan .Kata kata yang keluar dari mulut awak itu satu penipuaan .Saya rasa seperti saya tertelan pasir .Bibir awak tidak pernah marah saya ,menengkin saya bahkan menghina saya jauh sekali tetapi hari itu buat saya sedar .Saya harus melangkah pergi dari hidup awak dengan segera .Saya segera melangkah pergi demi orang yang saya sayang .Sekarang awak bahagia yang tersenyum kerana awak dapat yang awak inginkan .11/3/2011 hari terakhir untuk saya dengan awak .Saya tinggalkan awak atas permintaan awak .


Ini perjumpaan saya yang ketiga selepas saya berjaya melupakan ADAM & IZZAT .Saya melupakan mereka atas permintaan mereka dan hati saya merelakannya .Demi mereka  saya sanggup berkorban ,saya mahu mereka bahagia disamping orang yang mereka sayang dan itu membuat saya bahagia jika mereka pun bahagia .Sekarang saya menjumpai orang baru yang buat saya gembira semula .Saya seperti mati hidup semula , selepas menjumpai dia .Tetapi dia diciptakan bukan untuk saya .Dia masih sayangkan kekasih lamanya .Tidak ada ruang dihatinya untuk saya masuk .Saya membuat keputusan untuk menjauhkan diri saya darinya ,saya harap dengan cara itu saya boleh melupakannya .Mana mungkin saya merampas dia dari kekasih lamanya .Malahan saya tak sanggup menganggu hubungan dia bersama kekasih lamanya .Saya sudah tahu bertapa sakitnya bila hak kita di rampas oleh orang lain .Saya rasa itu saat ADAM couple dengan kawan baik saya sendiri tetapi saya tidak kisah sekarang mungkin jodoh mereka siapa tahu .


Antara mereka bertiga ,lelaki yang paling saya sayang dan saya cintai ialah yang ketiga .Saya tidak tahu kenapa tetapi dia sekarang berada di carta hati saya .Bahkan saya mengharapkan dia akan kembali kepada saya ,saat dia sedar saya sangat mencintai dia dengan sepenuh hati .Saya tak akan sia - siakan dia jika dia datang kepada saya .Malah saya akn cuba jadi yang terbaik untuk dia .Dan berusaha untuk kekalkan hubungan kami sampai ke penghujungnya .Saya harap kekawan yang membaca blog saya or entri saya kali ini doakan saya dapat lelaki yang ketiga ini .Saya sangat mencintai dia .





Tiada ulasan:

Catat Ulasan